
Updated onDikemaskini pada 16, Jun 2021
Pengembara yang berpengalaman tentunya sudah biasa dengan kebenaran bagasi yang berlainan antara syarikat-syarikat penerbangan. Namun begitu, sentiasa pastikan bahawa anda mengetahui cara penyimpanan barang yang paling cermat untuk pelancongan anda.
Mengapa saya patut pek ringan?
Salah satu tabiat yang biasa adalah terlebih mengisikan beg dan hanya memakai beberapa helai baju sahaja. Biasakan sikap cermat tentang pakaian dan barangan yang dipek untuk mengaturkan hidup anda semasa melancong. Dengan ini, anda tak perlu lagi merasa seperti berada di gim setiap kali anda membawa beg itu dari titik A ke titik B.
Satu lagi kelebihan dalam membiasakan pek ringan adalah bahawa anda juga boleh menjaga alam sekitar. Semakin berat beg-beg yang dikandungi dalam pesawat, semakin banyak minyak yang digunakan untuk membawanya. Tiada kerugiannya dalam menjaga alam sekitar dengan membiasakan pek ringan.
Nak belajar pek cermat?

Mula dengan beg yang sesuai
Cara paling senang untuk pek adalah untuk menghadkan ruang anda. Pilihan beg yang lebih kecil akan memastikan bahawa anda menyediakan beg dengan lebih cekap dan menjimatkan ruang. Perhatikan saiz dan bahan pembuatan beg, oleh kerana ini memainkan peranan dalam keberatan beg tersebut. Beg kes keras biasanya lebih berat daripada beg kes lembut.
Pentingkan yang perlu, tepikan yang tidak
Untuk pek ringan, anda perlu membuatkan pengorbanan. Pakaian patut dihadkan kepada yang dipakai pada hari-hari yang biasa, dan bukan untuk segala jenis kemungkinan. Jangan risau! Tiada siapa yang akan memandang rendah pada anda.


Kepentingan dan kewajipan
Sentiasa himpunkan kesemua dokumen anda di tempat sama, contohnya pasport, jadual perjalanan, polisi insurans pelancongan, dompet dan lain-lain. Jika anda menyimpan kesemuanya di tempat sama dan sentiasa ingat membawanya bersama anda, anda dapat mengurangkan kebarangkalian hilang atau lupa barang-barang tersebut.
Hanya satu bagi sejenis
Elakkan membawa terlalu banyak barang hanya demi menganekakan pilihan. Kebanyakan pelancong jarang memakai kesemua pakaian yang dibawa mereka. Misalnya, bagi kasut anda hanya memerlukan sepasang selipar jika anda ingin mengunjungi pantai, sepasang kasut selesa untuk berjalan dan, untuk tujuan pekerjaan, sepasang kasut yang sesuai untuk majlis rasmi. Selain itu, jika anda berhasrat mengunjungi pantai anda kemungkinan tidak perlu membawa kasut pekerjaan dalam beg.


Pakai yang sesuai
Di banyak lokasi, kesopanan adalah penting. Inilah sebab anda patut membawa sehelai selendang, yang boleh digunakan untuk menutup kepala atau kaki, atau baju berlengan panjang yang boleh dipakai dengan cepat jika melawat lokasi beragama seperti masjid, gereja atau kuil. Tempat-tempat yang tertentu tidak membenarkan pelawat masuk tanpa pemakaian yang sesuai.
Sentiasa berhubung
Jika anda kerap merantau ke negara lain, pertimbangkan jika anda patut membeli sebuah penyesuai (adaptor) suis. Walaupun banyak negara persemakmuran (komanwel) menggunakan plag 3-pin, banyak juga yang tidak. Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, Thailand dan China semua menggunakan jenis-jenis rongga suis yang berlainan. Oleh itu, pastikan bahawa anda mendapatkan penyesuai suis demi sentiasa berhubung.


Amat ringan, amat tangkas
Bagi pelancong yang hanya merantau buat dua-tiga hari, kadangkala bagasi daftar-masuk tidak diperlukan. Pek dengan cekap dan kembara dengan beg tangan sahaja. Ini memastikan anda boleh melangkau barisan dafar-masuk yang memanjang – cepat masuk, cepat keluar. Kaedah ini dinasihatkan kepada individu kerap mengembara yang tidak membawa banyak barang.
Bagasi lebih, bayaran lebih
Terdapat implikasi harga jika keberatan beg melebihi had. Jika anda tidak merancangkan susunan beg dengan teliti, anda membawa risiko kepada diri sendiri untuk membayar lebih daripada yang dijangka.

Terdapat pelbagai cara lain anda boleh menyenangkan perjalanan anda, oleh itu carilah yang paling sesuai dengan gaya anda. Gunakan panduan ini untuk memudahkan perjalanan yang akan datang. Dengan membiasakan petua-petua ini, anda boleh menikmati percutian anda dengan perasaan senang hati.
Dapatkan Maklumat Terkini


