Updated onDikemaskini pada 16, Jun 2021
Dilarang menaiki pesawat disebabkan oleh penerbangan yang dilebih tempah amat mengecewakan.
Bayangkan anda telah menerima pengesahan tempahan tiket penerbangan anda, kemudian diberitahu bahawa anda dilarang menaiki pesawat semasa di pintu perlepasan. Ini boleh menjejaskan rancangan perjalanan anda.

Apakah maksud penerbangan yang dilebih tempah?
Bagaimana ia memberi kesan kepada saya sebagai seorang penumpang?
Apabila situasi penerbangan dilebih tempah berlaku, syarikat penerbangan biasanya akan meminta pemegang tiket untuk menyerahkan tempat duduk mereka secara sukarela sebagai gentian untuk manfaat tertentu. Jika bilangan sukarelawan tidak mencukupi, syarikat penerbangan itu boleh untuk tidak membenarkan pesawat dinaiki oleh mana-mana penumpang dan menawarkan pampasan atau jagaan selaras dengan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC).
Apakah pampasan yang disediakan sekiranya anda tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat di bawah MACPC?
Syarikat penerbangan tersebut haruslah menawarkan perkara berikut:
-
- Makanan, panggilan telefon yang terhad dan akses kepada internet (di mana tersedia)
- Penginapan hotel (apabila penginapan selama satu malam atau lebih adalah perlu)
- Pengangkutan antara lapangan terbang dan tempat penginapan (di mana perlu)
dan pilihan antara:
i) Pembayaran ganti dalam masa 30 hari, daripada kos tiket sepenuhnya; atau
ii) Perubahan laluan penerbangan pada peluang yang terawal
Untuk keterangan lanjut, anda boleh merujuk kepada Jadual Pertama Kod Perlindungan Pengguna.
Adakah saya layak untuk mendapat pampasan yang sama sekiranya dokumen perjalanan saya tidak lengkap?
Ia adalah penting untuk mempunyai dokumen perjalanan yang lengkap sebelum anda berangkat ke lapangan terbang. Sebagai peringatan tentang barangan atau dokumen penting yang anda perlu bawa bersama, anda boleh merujuk kepada senarai semakan di sini.

Dapatkan Maklumat Terkini