Pilih satu Halaman

Terma dan Syarat

Mei 24, 2018

Penumpang yang bijak sedia tahu bahawa tawaran yang menarik pasti akan diikuti dengan pelbagai Terma dan Syarat. Memang agak leceh untuk meniliti butiran yang tertera dalam Terma dan Syarat, tetapi inilah satu-satunya cara syarikat penerbangan dapat menerangkan maklumat-maklumat penting berkenaan pembelian anda.

 

Malangnya, penumpang kerap melangkau butiran Terma dan Syarat dan kadangkala ini menimbulkan masalah. Baca dengan teliti dan fahami butiran Terma dan Syarat sebelum membuat pembelian, juga simpan salinan sepanjang perjalanan sekiranya sebarang pertikaian berlaku. Jika anda tidak bersetuju dengan butiran tertentu dalam Terma dan Syarat tersebut, rujuk semula dengan syarikat penerbangan sebelum membuat pembelian.

 

Terma dan Syarat syarikat penerbangan perlu mengandungi maklumat seperti berikut:

  • Terma dan batasan ke atas tambang anda
  • Polisi bayaran balik dan tempahan semula
  • Polisi peruntukan bagasi
  • Cukai dan fi yang dikenakan Kerajaan
  • Caj dan fi yang dikenakan Suruhanjaya
  • Mana-mana caj, caj tambahan dan lain-lain bayaran (cth. caj pentadbiran, caj pemprosesan bayaran balik, caj pembatalan, caj bagasi dll. )
  • Maklumat talian syarikat penerbangan
  • Maklumat-maklumat penting lain yang memaklumkan anda tentang syarat-syarat dan jumlah harga tiket yang dibeli.