Pilih satu Halaman

Penularan wabak Coronavirus (COVID-19) telah menyebabkan gangguan perkhidmatan penerbangan kepada semua syarikat penerbangan di seluruh dunia. Disebabkan oleh penularan wabak ini, syarikat penerbangan telah menerima jumlah pertanyaan yang tinggi dan ini telah menyebabkan kelewatan pihak syarikat penerbangan untuk memberikan maklumbalas mereka kepada anda. Berikut adalah beberapa soalan lazim (FAQ) berhubung pengaturan perjalanan semasa penularan wabak COVID-19:

 

1. Pembatalan Penerbangan

A. Jika syarikat penerbangan membatalkan penerbangan anda

S1. Syarikat Penerbangan telah membatalkan penerbangan saya. Apakah pilihan saya untuk mendapatkan semula wang saya? 

Jawapan: 

Permintaan bayaran balik (refund) adalah berbeza mengikut syarikat penerbangan. Berikut adalah senarai panduan pembayaran balik yang disediakan oleh syarikat penerbangan negara berhubung wabak COVID-19:

S2. Memandangkan penerbangan saya dibatalkan, syarikat penerbangan hanya menawarkan baucar perjalanan atau pilihan untuk menjadualkan semula penerbangan saya. Bolehkah jikalau saya mahukan bayaran balik sepenuhnya dengan cara pembayaran asal yang dibuat oleh saya? 

Jawapan:

Pembatalan penerbangan oleh syarikat penerbangan disebabkan hal keadaan luar biasa. Pilihan bayaran balik yang ditawarkan kepada penumpang adalah keputusan komersial yang dibuat oleh syarikat penerbangan.

B. Jika saya membuat keputusan untuk membatalkan penerbangan saya

S1. Saya telah memutuskan untuk tidak melakukan sebarang perjalanan oleh kerana wabak COVID-19 yang melanda sekarang. Sehubungan ini, bolehkah saya mendapatkan bayaran balik?

Jawapan: 

Untuk sebarang pembatalan secara sukarela, nilai bayaran balik bergantung kepada terma dan syarat tiket penerbangan anda.

S2. Bagaimana sekiranya saya mahu melakukan perjalanan tetapi menangguhkan penerbangan saya ke satu tarikh yang lain?

Jawapan: 

Secara umumnya, kebanyakan syarikat penerbangan tempatan di Malaysia membenarkan pengguna untuk menukar tarikh perjalanan mereka untuk kali pertama tanpa caj tambahan. Walau bagaimanapun, perbezaan tambang mungkin dikenakan jika tambang bagi tarikh perjalanan baru anda adalah lebih tinggi daripada tambang tarikh asal perjalanan anda.

S3. Saya telah meminta syarikat penerbangan untuk menukar tarikh penerbangan saya. Tetapi, saya telah diberitahu bahawa saya perlu membayar yuran untuk sebarang perubahan tarikh penerbangan. Bolehkah syarikat penerbangan mengenakan caj tambahan tersebut?

Jawapan: 

Secara umumnya, kebanyakan syarikat penerbangan tempatan di Malaysia membenarkan pengguna untuk menukar tarikh perjalanan mereka buat kali pertama tanpa caj tambahan. Walau bagaimanapun, ini adalah bergantung kepada syarikat penerbangan.

S4. Bagaimanakah pembayaran terhadap perbezaan tambang penerbangan?

Jawapan: 

Perbezaan tambang mungkin dikenakan jika tambang bagi tarikh perjalanan baru anda adalah lebih tinggi berbanding tambang tarikh asal perjalanan anda.

S5. Bolehkah saya membiarkan tiket penerbangan saya sebagai tiket terbuka?

Jawapan: 

Ini bergantung kepada pilihan bayaran balik yang dikemukakan. Syarikat penerbangan boleh menyediakan pilihan untuk menukar tiket anda kepada baucar perjalanan.

S6. Saya telah membeli tiket penerbangan saya melalui ejen pelancongan/ejen pelancongan dalam talian . Bolehkah saya mendapat bayaran balik?

Jawapan:

Anda dinasihatkan untuk menghubungi ejen pelancongan/ejen pelancongan dalam talian anda Jika aduan anda tidak dapat diselesaikan atau anda tidak berpuas hati dengan penyelesaian yang dicadangkan, anda boleh menghantar aduan anda kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Sila ambil maklum bahawa ini hanya tertakluk kepada ejen pelancongan berdaftar di Malaysia sahaja.

C. Apakah pilihan saya untuk bayaran balik?

S1. Saya mahu pergi ke negeri lain di Malaysia melalui udara. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang, semua telah diberitahu untuk berada di rumah. Bolehkah saya mendapatkan bayaran balik untuk tiket penerbangan kerana saya tidak dapat melakukan perjalanan?

Jawapan: 

Syarikat penerbangan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, syarikat penerbangan turut menawarkan baucar perjalanan atau perubahan tarikh penerbangan tanpa sebarang caj tambahan untuk kali pertama. Anda dinasihatkan untuk menghubungi syarikat penerbangan anda untuk memahami pilihan yang disediakan memandangkan setiap syarikat penerbangan mempunyai terma dan syarat yang berbeza.

2. Perbelanjaan yang telah dibayar untuk hotel dan pengangkutan darat

S1. Penerbangan saya telah ditukar dan saya telah membayar untuk tempat penginapan dan aktiviti. Bagaimanakah syarikat penerbangan dapat memberi pampasan yang berpatutan kepada saya?

Jawapan: 

Perubahan kepada tarikh perjalanan anda boleh memberi kesan kepada rancangan di destinasi. Syarikat penerbangan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian susulan yang dialami. Anda dinasihatkan untuk membuat tuntutan kepada syarikat insurans anda.

3. Maklumat perjalanan terkini

S1. Apakah sekatan perjalanan terkini/semasa?

Jawapan: 

Maklumat terkini mengenai sekatan perjalanan boleh dicapai di Travel Restriction updates by the International Air Transport Association (IATA). Maklumat lanjut juga boleh didapati di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia dan laman web Kementerian dalam Negeri Malaysia

S2. Bagaimanakah saya boleh melindungi diri saya semasa melancong?

Jawapan: 

Kami telah menyediakan beberapa tips jika anda dikehendaki untuk melakukan perjalanan semasa penularan wabak ini. Lihat artikel berikut – Bagaimana anda boleh melindungi diri daripada wabak Coronavirus (COVID-19) ketika anda melancong. . Maklumat juga boleh didapati di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia

S3. Saya tidak dibenarkan untuk meneruskan penerbangan saya kerana pihak berkuasa Imigresen tempatan tidak membenarkan saya menaiki kapal terbang. Bolehkah saya mendapatkan bayaran balik?

Jawapan: 

Anda boleh menghantar permohonan bayaran balik kepada syarikat penerbangan. Walau bagaimanapun, nilai bayaran balik bergantung kepada terma dan syarat tiket penerbangan anda.

Jika tiket penerbangan anda tidak mempunyai nilai bayaran balik; anda masih berhak untuk menuntut Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) yang tidak digunakan dan cukai kerajaan daripada syarikat penerbangan tersebut.

Jika soalan lazim di atas tidak menjawab segala persoalan anda, anda boleh menghantar pertanyaan atau aduan kepada MAVCOM di FlySmart-halaman buat aduan. Selain itu, anda juga boleh membuat aduan menggunakan aplikasi mudah alih FlySmart yang boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Dapatkan Maklumat Terkini