Pilih satu Halaman

Polisi Privasi

Tarikh akhir Polisi Privasi ini diubah adalah pada 7 Oktober 2021.

Halaman ini memaklumkan anda tentang polisi kami mengenai pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi yang kami terima dari pengguna laman web ini.

1. Maklumat Yang Dikumpul

Kami boleh mengumpul maklumat peribadi, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, nombor telefon dan alamat e-mel. Maklumat peribadi merangkumi maklumat yang berkait secara langsung atau tidak langsung dengan anda dan mungkin boleh menyebabkan anda dikenal pasti. Dengan memberikan maklumat peribadi anda kepada kami, anda adalah dianggap telah memberikan kebenaran kepada pengumpulan, penggunaan, akses, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat peribadi anda seperti yang dinyatakan di dalam Polisi Privasi ini. Kami juga boleh mengumpul maklumat am yang dijana secara automatik seperti alamat IP, pelayar,sistem operasi serta cookie anda.

2. Penggunaan Maklumat

Kami boleh mengumpul dan menggunakan maklumat yang telah diberikan oleh anda untuk tujuan melaksanakan fungsi kami sebagaimana yang digariskan di dalam Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771].

3. Pendedahan Maklumat Peribadi Anda

Kecuali seperti yang tidak dibenarkan oleh undang-undang, kami boleh mendedahkan maklumat anda kepada pihak berkaitan untuk tujuan melaksanakan fungsi kami sebagaimana yang digariskan di dalam Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771]. Di samping itu, kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada penasihat profesional kami setakat yang perlu untuk tujuan mendapatkan dan menguruskan risiko, mendapatkan nasihat profesional dan menguruskan pertikaian undang-undang.

4. Maklumat Tidak Lengkap

Sila ambil maklum bahawa kami mungkin tidak dapat memberikan maklum balas atau bantuan kepada anda sekiranya anda memilih untuk tidak memberikan maklumat wajib yang diperlukan oleh pihak kami.

5. Pemindahan Antarabangsa Data Peribadi Anda

Anda mengakui bahawa sebarang data peribadi yang anda serahkan untuk penerbitan melalui laman web kami mungkin tersedia, melalui internet, di seluruh dunia. Kami tidak boleh menghalang penggunaan (atau penyalahgunaan) data peribadi tersebut oleh orang lain.

6. Pengekalan dan Pemadaman Data Peribadi

Data peribadi yang kami proses untuk sebarang tujuan tidak boleh disimpan lebih lama daripada yang diperlukan untuk tujuan tersebut. Walaubagaimanapun, kami mungkin menyimpan data peribadi anda di mana penyimpanan tersebut diperlukan untuk mematuhi kewajiban undang-undang yang menjadi kewajiban kami, atau untuk melindungi kepentingan anda.

7. Pembetulan atau Pemadaman Maklumat Peribadi

Anda boleh mengubah, membetulkan atau memadam sebarang maklumat peribadi anda pada bila-bila masa dengan menghantarkan e-mel kepada kami di enquiries@flysmart.my.

8. Semakan Semula Polisi Privasi

Kami boleh mengemas kini Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa. Sila semak laman web ini untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan polisi kami.

9. Laman Web Pihak Ketiga

Polisi Privasi ini hanya terpakai untuk laman web kami dan tidak tertakluk kepada mana- mana pautan luar atau laman web pihak ketiga yang boleh anda akses dari laman web kami. Kami tidak mempunyai kawalan dan tidak bertanggungjawab terhadap polisi privasi dan amalan pihak ketiga.

10. Hubungi kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, maklum balas atau aduan tentang Polisi Privasi ini atau laman web kami, sila e-mel kami di enquiries@flysmart.my.