Pilih satu Halaman

Perubahan Waktu Penerbangan

Mei 24, 2018

Perubahan waktu penerbangan terjadi atas sebab-sebab tertentu. Kerapnya ia situasi yang sukar dielak dan agak menyusahkan, tapi ia sesuatu yang perlu dilakukanoleh syarikat penerbangan untuk memastikan keselamatan para penumpang.

 

Jika waktu penerbangan telah berubah, syarikat penerbangan perlu menghubungi anda serta-merta untuk memaklumkan tentang perubahan tersebut. Jika penerbangan anda dibatalkan, syarikat penerbangan perlu memberi anda tarikh penerbangan yang baru atau memberi anda pilihan untuk menerima pampasan. Tundaan bertempoh lima jam ke atas akan melayakkan anda untuk menerima hidangan makanan, khidmat panggilan telefon, akses internet, penginapan hotel (jika perlu bermalam) dan pengangkutan untuk berulang-alik ke hotel.