Penzahiran Terma dan Syarat Utama Secara Ketara oleh Syarikat Penerbangan
September 1, 2024
Setiap tiket penerbangan mempunyai Terma dan Syarat (T&C) yang menerangkan maklumat-maklumat penting berkenaan pembelian anda. Memang agak leceh untuk meniliti butiran yang tertera dalam Terma dan Syarat, tetapi adalah penting untuk anda memahami hak-hak anda dan tanggungjawab sebagai pengguna sebelum menetapkan tempahan anda.
Bagi memastikan ketelusan, syarikat penerbangan hendaklah memaparkan Terma dan Syarat utama berikut dengan jelas sebelum pembelian tiket penerbangan oleh pengguna:
-
Fi pembatalan
-
Polisi bayaran balik dan tempahan semula
-
Polisi peruntukan bagasi
-
Polisi ‘no show’ (pengguna yang tidak hadir di lapangan terbang bagi penerbangan yang telah dibeli)
-
Kesahan dokumen perjalanan pengguna
Ini turut terpakai bagi tiket penerbangan yang dibeli melalui ejen pelancongan.