Kini, pengguna boleh ucapkan selamat tinggal kepada kejutan yang tidak diingini ketika menempah tiket penerbangan.
Syarikat penerbangan perlu memaparkan butiran harga tiket penerbangan pada waktu pembelian bagi memastikan pengguna mengetahui jumlah keseluruhan yang perlu dibayar sebelum pembayaran dilakukan. Butiran tersebut perlu mengandungi:
⦁ Harga asas tiket penerbangan (termasuk semua caj yang perlu dibayar ke syarikat penerbangan)
⦁ Cukai dan fi yang dikenakan oleh Kerajaan
⦁ Fi dan caj yang ditetapkan di bawah mana-mana undang bertulis
⦁ Surcaj Bahan Api
⦁ Perkhidmatan pilihan yang dibeli oleh pengguna penerbangan dengan cara pilih-masuk (opt-in) dan
⦁ Fi dan caj lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya untuk dikenakan kepada pengguna oleh syarikat penerbangan (contoh: fi karbon)
Ini memastikan pengguna mengetahui jumlah keseluruhan yang perlu dibayar sebelum tiket penerbangan dikeluarkan oleh syarikat penerbangan. Caj tersembunyi, seperti fi pembayaran kad atau caj pentadbiran adalah dilarang di bawah Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia.