Pilih satu Halaman

Pengiklanan

 

September 1, 2024

 

Berlalu sudah zaman syarikat penerbangan menggunakan tambang promo untuk menarik perhatian pengguna terhadap pengiklanan mereka. Syarikat penerbangan kini perlu menerbit harga terangkum tambang penerbangan di dalam iklan-iklan mereka yang termasuk:

 

  • Harga asas tiket penerbangan (termasuk semua caj yang perlu dibayar ke syarikat penerbangan)

  • Cukai dan fi yang dikenakan oleh Kerajaan

  • Fi dan caj yang ditetapkan di bawah mana-mana undang bertulis

  • Surcaj bahan api dan

  • Fi dan caj lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya untuk dikenakan kepada pengguna oleh syarikat penerbangan (contoh: fi karbon)

Iklan oleh syarikat penerbangan tidak boleh sesuatu yang palsu, mengelirukan, atau memperdayakan.

 

Contohnya, jika syarikat penerbangan sedang mengiklankan sebuah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bali berjumlah keseluruhan dari harga RM1,000, harga tambang perlu mengandungi harga asas, cukai dan fi yang dikenakan oleh Kerajaan, fi dan caj yang ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang tertulis, surcaj bahan api dan fi dan caj lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya untuk dikenakan kepada pengguna oleh syarikat penerbangan.

 

Ini memastikan pengguna mengetahui jumlah keseluruhan yang perlu dibayar apabila mereka melihat iklan yang dikeluarkan, tanpa sebarang caj tersembunyi.

 

Untuk maklumat lanjut, Garis Panduan Pengiklanan Penerbangan dibentuk untuk memastikan penzahiran penuh tambang udara oleh syarikat penerbangan apabila iklan mereka dipamerkan.