

Sebagai penumpang, anda berhak membuat aduan tentang pengalaman perjalanan anda. Untuk memudahkan proses penyelesaian aduan anda, sila ikuti langkah-langkah berikut:

LANGKAH 1
Sediakan sejarah bagi aduan anda:
Aduan bertulis yang dihantarkan kepada syarikat penerbangan atau lapangan terbang, bersama jawapan mereka
Butiran penerbangan anda, termasuk nombor pesawat dan tarikh/masa
Nama lapangan terbang, tempat dan tarikh
Dokumen sokongan lain yang berkenaan:
Salinan tiket/penempahan
Salinan imbasan pas masuk
Tangkapan skrin atau gambar
Salinan sijil kesihatan (jika berkenaan)
Salinan pasport/MyKad (jika berkenaan)
Laporan bagasi / ‘Property Irregularity Report’ (PIR)
LANGKAH 2
Hantarkan aduan anda kepada MAVCOM melalui borang ini.


LANGKAH 2
Hantarkan aduan anda kepada MAVCOM melalui borang ini.

STEP 3
Anda akan menerima jawapan pertama dalam tempoh masa 7 hari selepas menghantar aduan kepada MAVCOM.
Peringatan Penting:
MAVCOM mungkin akan meminta maklumat/bukti tambahan untuk menyemak aduan dengan lebih lanjut.
Sila ambil perhatian:
- Aduan hendaklah berkaitan dengan industri penerbangan; sekiranya tidak, MAVCOM berhak menolak aduan tersebut.
- Hubungi syarikat penerbangan atau lapangan terbang terlebih dahulu untuk menjelaskan masalah atau aduan anda.
- Semua syarikat penerbangan yang beroperasi keluar dan masuk dari Malaysia (termasuk syarikat penerbangan antarabangsa) perlu:
- Menyediakan, secara jelas, butiran yang boleh dihubungi bagi anda membuat sebarang aduan seperti alamat pos, nombor telefon dan alamat e-mel atau laman web. Anda juga boleh menyemak butiran hubungan untuk syarikat penerbangan dan lapangan terbang di sini.
- Mengesahkan aduan anda dalam tempoh masa 24 jam.
- Menyediakan penyelesaian kepada aduan anda dalam tempoh masa 30 hari.
Dapatkan Maklumat Terkini


