
Pemberhentian Laluan
November 1, 2021
Adalah digalakkan untuk mempunyai rancangan perjalanan tahunan, di mana anda merancang dan membeli tiket penerbangan secara lebih awal. Walau bagaimanapun, terdapat kes bahawa syarikat penerbangan bercadang untuk memberhentikan penerbangan ke laluan yang tertentu yang telah menjadi pilihan anda. Usah risau. Anda akan diberikan pilihan berikut sekiranya sesuatu pemberhentian laluan berlaku atau syarikat penerbangan berhenti beroperasi:
-
Bayaran balik jumlah penuh kos tiket (termasuk cukai dan fi) dalam jangka masa 30 hari
-
Penukaran laluan ke destinasi terakhir dengan pengangkutan yang setanding