Kadang-kala penumpang tidak mampu menaiki penerbangan di atas sebab-sebab tertentu seperti hal-hal kesihatan, kematian atau keadaan luar jangkaan yang mengganggu rancangan penerbangan.
Atas hal-hal di atas, pasti ramai yang akan meminta pampasan untuk tiket-tiket penerbangan yang telah dibeli dari syarikat penerbangan. Sebelum itu, ia amat penting untuk mengenal pasti jika caj tiket tersebut boleh dikembalikan atau tidak boleh dikembalikan.
Apa perbezaan di antara caj tiket yang boleh dikembalikan dan yang tidak boleh dikembalikan?
Secara umum, caj tiket yang boleh dikembalikan membenarkan penumpang menerima pampasan atau menjadual semula tarikh penerbangan jika mereka bercadang untuk tidak menaiki penerbangan pada tarikh asal pelepasan penerbangan. Tambang tiket untuk caj tiket yang boleh dikembalikan adalah secara umumnya lebih tinggi dari caj tiket yang tidak boleh dikembalikan.
Tiket promosi yang dibeli oleh pengguna adalah secara umumnya dikelaskan sebagai caj tiket yang tidak boleh dikembalikan kerana tiket penerbangan tersebut dibeli pada harga promosi.
Mengapa ianya penting untuk menentukan nilai bayaran balik tiket penerbangan?
Ini kerana anda layak untuk meminta pampasan bagi kadar cukai lapangan terbang (PSC), cukai, fi dan caj yang ditentukan oleh mana-mana undang-undang tertulis dalam keadaan di mana anda tidak menaiki pesawat.
Untuk caj tiket yang tidak boleh dikembalikan, syarikat penerbangan hanya dibenarkan untuk mengenakan bayaran pentadbiran sehingga 5 peratus untuk pampasan bagi PSC, cukai, fi dan caj-caj yang ditentukan oleh mana-mana undang-undang tertulis.
Bagi caj tiket yang boleh dikembalikan pula, syarikat penerbangan adalah tidak benarkan untuk mengenakan sebarang bayaran pentadbiran tambahan di samping bayaran pemprosesan di dalam Terma dan Syarat tiket penerbangan.
Ia amat penting untuk anda ingati bahawa syarikat penerbangan harus membayar sebarang pampasan kepada pengguna di dalam jangka masa 30 hari dari tarikh tuntutan pampasan dibuat. Jika tiket dibeli dari agen pelancongan atau mana-mana portal agen pelancongan, syarikat penerbangan harus membayar sebarang pampasan kepada agen pelancongan atau portal pelancongan dalam jangka masa 30 hari dari tuntutan untuk pampasan yang dibuat oleh pengguna.