Pilih satu Halaman

Komunikasi Status Penerbangan

 

[post_published]

 

Status penerbangan boleh berubah atas sebab-sebab tertentu. Ia agak mengecewakan bagi para penumpang apabila syarikat penerbangan tidak mengumumkan perkara ini dengan lebih awal.

Penjadualan semula penerbangan yang dirancang

Dengan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (pindaan) 2019 (MACPC), syarikat penerbangan mestilah mengumumkan kepada pengguna di antara 12 hingga 48 jam jika terdapat penjadualan penerbangan selama 3 jam atau lebih sebelum atau selepas waktu pelepasan yang telah dijadualkan).

Surat pengesahan bagi penundaan atau pembatalan penerbangan

Anda juga boleh meminta suatu surat pengesahan dari syarikat penerbangan jika penerbangan anda telah terjejas oleh pembatalan atau penundaan selama 30 minit atau lebih. Sesebuah syarikat penerbangan perlu memberi surat pengesahan tersebut kepada anda dalam jangka masa 7 hari dari hari permintaan surat pengesahan dibuat.

Surat ini dapat membantu penumpang jika mereka ingin membuat tuntutan dari syarikat insurans.

Pemberhentian laluan atau syarikat penerbangan berhenti beroperasi

Jika syarikat penerbangan berhenti beroperasi di sesebuah laluan, para penumpang perlu diberi notis sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh pemberhentian laluan tersebut.