Pilih satu Halaman

Komunikasi Pada Perubahan Status Penerbangan

 

September 1, 2024

 

Status penerbangan boleh berubah atas sebab-sebab tertentu. Ia agak mengecewakan bagi para penumpang apabila syarikat penerbangan tidak mengumumkan perkara ini dengan lebih awal. Dengan mengetahui hak-hak anda, anda dapat menangani keadaan ini dengan lebih efektif.

 

Penjadualan Semula Penerbangan

Sekiranya terdapat penjadualan penerbangan selama 3 jam atau lebih (sebelum atau selepas waktu pelepasan yang telah dijadualkan (STD)), syarikat penerbangan perlu memaklumkan kepada pengguna dengan kadar segera atau sekurang-kurangnya 24 jam sebelum STD.

 

Surat Pengesahan Mengenai Kelewatan atau Pembatalan Penerbangan

Sekiranya penerbangan anda telah terjejas oleh pembatalan atau kelewatan  selama 30 minit atau lebih, anda juga boleh meminta suatu surat pengesahan daripada syarikat penerbangan. Syarikat penerbangan perlu memberi surat pengesahan tersebut kepada anda dalam jangka masa 7 hari dari hari permintaan surat pengesahan dibuat.

 

Surat ini dapat membantu penumpang jika mereka ingin membuat tuntutan dari syarikat insurans.

 

Pemberhentian Laluan atau Syarikat Penerbangan Berhenti Beroperasi

Jika syarikat penerbangan berhenti beroperasi di sesebuah laluan, para penumpang perlu diberi notis sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh pemberhentian laluan tersebut.

 

Hak-hak Pengguna bagi Penjadualan Semula Penerbangan dan Pemberhentian Laluan

Sekiranya terdapat penjadualan semula penerbangan selama tiga jam atau lebih atau pemberhentian laluan, syarikat penerbangan perlu menawarkan anda pilihan berikut:

 

  • ✓ Perubahan laluan ke destinasi akhir menggunakan keadaan pengangkutan yang setanding, atau

  • ✓ Bayaran balik kos tiket sepenuhnya, termasuk cukai dan fi, dalam mod bayaran asal dalam tempoh 30 hari

 

Dengan mengetahui hak-hak anda, anda akan lebih bersedia untuk menangani perubahan yang tidak dijangka semasa perjalanan anda.