Pilih satu Halaman

Ketelusan Harga

Mei 24, 2018

Syarikat penerbangan selalunya menawarkan harga tambang istimewa untuk menggalakkan pembelian.

 

Dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengambil kesempatan ini, penumpang kadangkala terlupa menyemak butiran atau Terma dan Syarat dan hanya menyedari kemudian bahawa harga yang ditawarkan adalah untuk tambang penerbangan sehala, atau tambang bagi penerbangan pada jangka masa terhad.

 

Harga yang disenaraikan sepatutnya menghuraikan pecahan tambang asas penerbangan, cukai, caj perkhidmatan lapangan terbang, minyak atau penumpang, dan juga caj tambahan seperti caj bagasi. Jika huraian pecahan ini tidak disenaraikan semasa membuat tempahan, hubungi syarikat penerbangan sebelum meneruskan pembelian.