
Penundaan dan Pembatalan Penerbangan
[post_published]
Penerbangan yang tertunda atau dibatalkan adalah masalah yang sering berlaku kepada penumpang.
Syarikat penerbangan bertanggungjawab untuk sebarang penerbangan yang dibatalkan dan tertunda, serta perlu memberi pampasan untuk membantu memastikan perjalanan anda akan terus berjalan lancar.
Bergantung kepada jenis pembatalan dan tundaan, pampasan yang patut ditawarkan adalah seperti berikut:
- hidangan makanan, khidmat telefon dan akses internet (jika penerbangan tertunda selama 2 jam ke atas)
- penginapan hotel dan pengangkutan (jika penerbangan tertunda selama 5 jam ke atas dan memerlukan penginapan)
- pampasan secara penuh atau penerbangan alternatif (jika penerbangan anda dibatalkan).