Kelewatan dan Pembatalan Penerbangan
September 1, 2024
Kelewatan dan pembatalan penerbangan adalah antara punca kekecewaan yang apabila mengembara. Walau bagaimanapun, memahami hak anda boleh membantu anda mengendalikan situasi ini dan mengambil tindakan yang sesuai apabila ia berlaku.
Bergantung kepada jenis pembatalan dan tundaankelewatan penerbangan, pampasan yang patut ditawarkan adalah seperti berikut:ini mungkin termasuk:
Kelewatan Penerbangan
Sekiranya kelewatan penerbangan anda selama 2 jam atau lebih, anda layak mendapat:
-
✓ makanan,
-
✓ panggilan telefon
-
✓ akses kepeda internet
Untuk kelewatan penerbangan selama 5 jam atau lebih, anda layak mendapat:
-
✓ makanan,
-
✓ panggilan telefon
-
✓ akses kepada internet
-
✓ penginapan hotel (jika perlu)
-
✓ pengangkutan antara hotel dengan lapangan terbang (jika perlu)
ATAU
-
✓ Bayaran balik kos tiket sepenuhnya (termasuk cukai dan fi) melalui mod bayaran asal dalam tempoh 30 hari bagi pengguna yang tidak mahu meneruskan perjalanan mereka.
Pembatalan Penerbangan
Sekiranya berlaku pembatalan penerbangan, anda mempunyai hak untuk memilih antara:
-
✓ Bayaran balik kos tiket sepenuhnya, termasuk cukai dan fi, melalui mod bayaran asal dalam tempoh 30 hari, atau
-
✓ Perubahan laluan ke destinasi akhir menggunakan keadaan pengangkutan yang setanding.