Pilih satu Halaman

Perkongsian kod

Cuba bayangkan: anda telah menempah tiket dengan syarikat kapal terbang pilihan anda, tapi bila tiba di pintu berlepas, lain pula syarikat penerbangan dan pesawat yang perlu dinaiki.Kenapa tiada siapa yang maklumkan perkara ni kepada anda?

 

Aturan ini adalah perkara biasa di antara syarikat-syarikat penerbangan yang beroperasi menggunakan perkongsian kod, di mana tempahan boleh dibuat bagi salah satu antara kedua-dua syarikat tersebut.

 

Semasa pembelian tiket, anda berhak untuk dimaklumkan tentang syarikat penerbangan yang mengendali penerbangan anda semasa tempahan sedang dibuat atau secepat yang mungkin. Jika syarikat penerbangan membuat sebarang pertukaran selepas pembelian tiket, anda berhak untuk dimaklumkan dengan serta-merta. Jika anda tidak dimaklumkan, bangkitkan perkara ini kepada syarikat penerbangan tersebut.

 

Kini kebanyakan laman web syarikat-syarikat penerbangan akan menteterakan kenyataan jika penerbangan tertentu beroperasi secara perkongsian kod. Langkah yang bijak ialah untuk semak dengan teliti syarikat penerbangan yang akan dinaiki sebelum membeli tiket.