
Ketelusan Harga
Syarikat penerbangan selalunya menawarkan harga tambang istimewa untuk menggalakkan pembelian.
Dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengambil kesempatan ini, penumpang kadangkala terlupa menyemak butiran atau Terma dan Syarat dan hanya menyedari kemudian bahawa harga yang ditawarkan adalah untuk tambang penerbangan sehala, atau tambang bagi penerbangan pada jangka masa terhad.