Pilih satu Halaman

Kenaikan Harga Selepas Pembelian

Pernahkah harga tiket yang anda telah beli tiba-tiba dinaikkan?

 

Syarikat Penerbangan dilarang menaikkan harga tiket selepas anda telah membuat pembayaran – kecuali kenaikan kadar cukai dan bayaran yang ditakluk oleh kerajaan. Jika pihak penerbangan berkeras meminta bayaran, usah bersetuju dan pastikan anda minta bukti kenaikan harga.

 

Gunakan bukti tersebut untuk memperoleh bayaran balik sekiranya anda telah digesa untuk membuat bayaran tambahan sebelum boleh menaiki penerbangan.