Pilih satu Halaman

Caj-caj tambahan

Apa yang dilihat kadangkala bukan apa yang dibayar. Kebanyakan penumpang tidak sedar apa tujuan caj-caj tambahan dan mengecualikannya dari bajet perbelanjaan.

 

Anda berhak untuk hanya membayar khidmat penerbangan yang anda minta dan setuju. Syarikat penerbangan tidak berhak untuk menambah secara automatik pilihan-pilihan tambahan seperti pilihan tempat duduk, daftar masuk bagasi atau insurans penerbangan.

 

Sebagai pengguna, anda berhak untuk memilih. Syarikat penerbangan perlu menyatakan dengan jelas tentang khidmat-khidmat tambahan ini dan harga yang ditetapkan di peringkat awal proses tempahan.

 

Gambarkan perjalanan anda, dan hanya tambah apa yang perlu. Contohnya, jika anda menaiki kapal terbang dengan hanya membawa bagasi kargo, semak sebarang caj bagasi yang mungkin telah ditambah ke dalam kos penerbangan anda. Caj seperti perlindungan insurans juga hanyalah jika anda buat pilihan tersebut – walaupun ia satu pilihan yang bijak bagi setiap penerbangan.

Google Analytics Alternative