Pilih satu Halaman

Bantuan Penerbangan

Jika anda mempunyai sebarang kelemahan/ketidakupayaan atau menaiki kapal terbang dengan seseorang yang mempunyai ketidakupayaan dari segi fizikal, mental, intelektual atau sensori amatlah penting untuk anda mengetahui jenis bantuan yang dihulurkan oleh syarikat penerbangan anda bagi memastikan keselesaan penerbangan bagi semua penumpang. Bantuan ini perlu disediakan dari saat anda tiba di lapangan terbang sehingga anda berlepas.

 

Syarikat penerbangan anda tidak boleh menjadikan apa-apa kelemahan/kekurangan sebagai alasan untuk menghalang pengguna dari menempah tiket atau menaiki penerbangan. Pengecualian boleh dibuat jika proses menaiki kapal terbang mempunyai implikasi keselamatan, atau saiz kapal terbang atau pintunya menyukarkan penumpang tersebut menaiki kapal terbang. Nasihat kami ialah untuk merancang perjalanan anda di peringkat awal dan tanya seberapa banyak soalan yang perlu melalui laman web atau talian khidmat pengguna syarikat penerbangan tersebut.

 

Maklumkan kepada syarikat penerbangan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum waktu penerbangan anda mengenai sebarang keperluan dan kelemahan/ketidakupayaan yang dialami. Pastikan juga anda sedia maklum tentang waktu daftar masuk yang memberi masa untuk anda menerima bantuan penerbangan, contohnya khidmat kerusi roda.