Pilih satu Halaman

September 1, 2024

Tiada pengembara yang sukakan penerbangan yang lewat. Walaupun kelewatan penerbangan sering tidak dapat dielakkan kerana faktor-faktor seperti cuaca, kawalan trafik udara atau isu operasi seperti pengendalian pesawat atau penjadualan anak kapal, ia adalah penting untuk anda mengetahui hak anda sebagai pengguna apabila gangguan berlaku di lapangan terbang.

 

Sekiranya penerbangan anda lewat ketika anda sudah berada di lapangan terbang, syarikat penerbangan perlu memaklumkan sebarang perubahan terhadap status penerbangan secepat yang mungkin. Bergantung kepada jangka masa kelewatan, anda layak mendapat:

 

Bagi kelewatan penerbangan selama 2 jam atau lebih, syarikat penerbangan perlu menyediakan:

 

  • ✓ Makanan

  • ✓ Panggilan Telefon

  • ✓ Akses kepada internet

 

Bagi kelewatan penerbangan selama 5 jam atau lebih, syarikat penerbangan perlu menyediakan:

 

  • ✓ Makanan, panggilan telefon, akses kepada internet, penginapan hotel (ika perlu), dan pengangkutan diantara hotel dan lapangan terbang (jika perlu), atau

  • ✓ Makanan, panggilan telefon, akses kepada internet, penginapan hotel (ika perlu), dan pengangkutan diantara hotel dan lapangan terbang (jika perlu), atau

Dapatkan Maklumat Terkini