Pilih satu Halaman
September 1, 2024

Gangguan cuaca buruk dan keadaan luar biasa boleh menjejaskan penerbangan yang membawa kepada kelewatan, pembatalan, atau penjadualan semula. Keadaan ini adalah di luar kawalan syarikat penerbangan dan boleh menyebabkan kesulitan kepada pengguna. ​

Walaupun di dalam keadaan yang luar biasa seperti cuaca buruk, syarikat penerbangan perlu memenuhi segala ketetapan dibawah Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC).

 

Apabila gangguan penerbangan berpunca daripada keadaan luar biasa, syarikat penerbangan harus:

 

  • ✓ Terlebih dahulu menawarkan bayaran balik kos tiket sepenuhnya (termasuk cukai dan fi) melalui mod bayaran asal dalam tempoh 30 hari.

  • ✓ Syarikat penerbangan juga boleh menawarkan mod bayaran balik alternatif seperti baucar perjalanan atau credit shell. Walau bagaimanapun, pengguna mempunyai hak untuk memilih mod bayaran balik yang mereka kehendaki.

 

Sekiranya insiden selain daripada situasi luar jangkaan berlaku, hubungi syarikat penerbangan dengan segera untuk menyesuaikan rancangan perjalanan anda sewajarnya.

Sebuah insiden cuaca buruk tahun lepas menyebabkan tiga penerbangan menuju ke Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum bertukar arah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Kejadian ini menyebabkan jadual penerbangan lain terganggu dan tergendala.
Kejadian-kejadian yang tak dapat dielakkan ini dipanggil situasi luar jangkaan. Ianya jarang berlaku tetapi kadangkala tak dapat dielakkan. Syarikat penerbangan tidak wajib untuk memberi pampasan jika keadaan luar biasa sebergini berlaku:

 

Bagi hal-hal lain, syarikat penerbangan kerapnya akan menawarkan pampasan tertentu. Jika insiden selain daripada situasi luar jangkaan berlaku, hubungi pihak penerbangan anda serta-merta untuk bincang langkah seterusnya.

Dapatkan Maklumat Terkini