Updated onDikemaskini pada 18, Jun 2021
Bermula 1 September 2019, kesemua pengguna penerbangan yang akan menaiki penerbangan ke luar negara perlu membayar suatu cukai berlepas bagi mana-mana tiket penerbangan yang dibeli, berikutan arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia. Cukai ini dikutip oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, bagi pihak Kerajaan Persekutuan.
Cukai berlepas yang perlu dibayar adalah berbeza mengikut negara yang dituju, serta kabin pesawat yang dinaiki (kelas ekonomi/selain kelas ekonomi), di mana butirannya adalah seperti yang berikut:
Negara-negara ASEAN
Bagi pengguna penerbangan yang berlepas dari Malaysia ke negara-negara ASEAN sebagai penumpang kelas ekonomi, cukai yang perlu dibayar adalah RM8. Penumpang bukan kelas ekonomi perlu membayar cukai sebanyak RM50. Senarai negara-negara ASEAN adalah Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam

Negara-negara bukan ASEAN
Bagi para pengguna penerbangan yang berlepas dari Malaysia ke negara-negara bukan ASEAN sebagai penumpang kelas ekonomi, cukai RM20 perlu dibayar dan bagi penumpang bukan kelas ekonomi, cukai yang perlu dibayar ialah RM150.

Pengecualian cukai berlepas:
- Bayi dan kanak-kanak di bawah usia 24 bulan
- Penumpang penerbangan transit (kurang dari 12 jam)
- Anak-anak kapal yang bertugas (pesawat, kapal atau sebarang kenderaan)
- Pemandu/Penunggang/Pembonceng penunggang/Penumpang kenderaan persendirian (termasuk pesawat, kapal).
Sumber:
http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pua_20190731_PUA213.pdf

Dapatkan Maklumat Terkini