Pilih satu Halaman
Mac 1, 2019: Pakistan

Pakistan telah menutup ruang udara mereka, berikutan isu keganasan yang berlaku di Kashmir, sempadan India.

Kementerian Pengangkutan telah memaklumkan kepada semua syarikat penerbangan untuk mengelak daripada menggunakan ruang udara Pakistan berikutan penutupan tersebut. Walaubagaimanapun, para penumpang dinasihatkan untuk merancang perjalanan terlebih dahulu dengan menyemak status penerbangan mereka bersama syarikat penerbangan masing-masing sebelum ke lapangan terbang.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang hak anda, sila layari https://flysmart.my/bm/hak-anda-a-z/