
Penumpang dinasihati melakukan sebarang tempahan penerbangan, atau mengurus tempahan serta membuat pratempahan tambahan dengan AirAsia sebelum atau selepas tempoh penyelenggaraan sistem.
Penyelenggaraan sistem akan bermula pada hari Sabtu minggu ini, dan sistem atas talian tidak akan berfungsi dari 16 Februari, Sabtu pada jam 2.00 petang (GMT +8) hingga 17 Februari 2019, Ahad pada jam 3.00 pagi (GMT +8) bagi laman AirAsia.com dan Aplikasi Mudah Alih AirAsia. Pastikan anda mencetak tiket penerbangan sebelum penyelengaraan sistem berlaku.
Sekiranya anda perlu mendaftar masuk untuk penerbangan anda, sila lakukannya sebelum atau selepas tempoh penyelenggaraan. Bagi penumpang yang belum mendaftar masuk atau memerlukan kemudahan serahan bagasi boleh berbuat demikian di kaunter lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.
Penumpang disarankan menghubungi AirAsia bagi penerangan lanjut. Untuk maklumat penuh mengenai hak anda, kunjungi https://flysmart.my/bm/hak-anda-a-z/
Dapatkan Maklumat Terkini


