Pilih satu Halaman
26 Januari 2019 : Thailand

Satu landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Bangkok (DMK) akan ditutup daripada 29 Januari 2019 (waktu tempatan 12:01am, GMT+7) hingga 1 Februari 2019 (waktu tempatan 23:59pm, GMT+7), bagi kerja-kerja penyelenggaraan.

AirAsia telah membuat pengumuman bahawa beberapa penerbangan mereka akan terjejas akibat penutupan landasan dan para penumpang yang dijangka akan tiba dan berlepas dari Bangkok pada tarikh-tarikh berkenaan mungkin akan mengalami isu seperti penundaan, pembatalan atau penukaran jadual penerbangan. Para penumpang dinasihatkan untuk menghubungi atau melayari laman web AirAsia untuk menyemak status penerbangan.

Para penumpang juga dinasihatkan untuk memberi butiran peribadi sewaktu membuat tempahan untuk membolehkan syarikat penerbangan menghantar makluman terkini.

Untuk maklumat lanjut mengenai hak anda, layari https://flysmart.my/bm/hak-anda-a-z/