
Ribut tropika Pabuk diramal melanda lewat petang Jumaat 4hb Januari 2019, membawa hujan meluas dan hujan lebat di wilayah selatan Thailand. Ombak besar dan angin kencang telah menyebabkan penghentian khidmat feri yang berulang-alik pulau tersebut. Terdapat amaran hujan lebat dan angin kencang di beberapa wilayah termasuk kepulauan seperti Phuket dan Krabi.
Sehingga kini, Bangkok Airways telah membatalkan kesemua penerbangan ke arah dan dari Lapangan Terbang Samui atas sebab-sebab keselamatan. Jika penerbangan anda terjejas akibat pembatalan, anda boleh hubungi Bangkok Airways di 03- 21480829. Jika anda bercadang untuk membuat penerbangan ke wilayah selatan Thailand, terdapat kemungkinan penerbangan anda akan dibatalkan. Justeru, anda dinasihatkan untuk mengesahkan status penerbangan anda dengan syarikat penerbangan anda sebelum ke lapangan terbang.
Kami menasihati untuk sentiasa berhati-hati. Untuk maklumat lanjut berkenaan hak penerbangan anda, log masuk ke https://flysmart.my/en/your-rights-a-z/
Dapatkan Maklumat Terkini


