Pilih satu Halaman
15 Januari 2019 : Malaysia

Pelancong dinasihati melakukan sebarang tempahan penerbangan, atau daftar-masuk atas talian, dengan AirAsia sebelum penaiktarafan sistem tempahan. Penaiktarafan akan bermula pada hari Jumaat minggu ini, dan sistem tempahan tidak akan berfungsi atas talian dari 19 Januari, Sabtu pada jam 2.00 petang (GMT +8) hingga 20 Januari 2019, Ahad pada jam 3.00 pagi di airasia.com, aplikasi telefon AirAsia, pejabat-pejabat penjualan AirAsia, dan kaunter-kaunter dan pusat panggilan AirAsia. Sesudah mendaftar masuk terlebih dahulu, pastikan anda mencetakkan tiket penerbangan atau menggunakan e-tiket penerbangan jika boleh.

Pelancong juga boleh mendaftar masuk secara manual di kaunter, dan yuran daftarmasuk bagi penerbangan dalam negara akan dibatalkan dalam tempoh masa yang dinyatakan di atas.

Penumpang disarankan menghubungi AirAsia bagi penerangan lanjut. Untuk maklumat penuh mengenai hak anda, kunjungi https://flysmart.my/en/your-rights-a-z/