Pilih satu Halaman
September 6, 2018: Osaka, Japan

Penerbangan-penerbangan Malaysia ke Osaka sudah dibatalkan atas sebab taufan yang telah menyebabkan kemusnahan teruk di Jepun barat. Peristiwa ini telah membawa kepada penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai. Pihak berkenaan menjangkakan gangguan selanjutnya bagi penerbangan yang memasuki dan meninggalkan Osaka, dari 4 hingga 9 haribulan September.

Jika anda ada rancangan ke Osaka dalam tempoh masa ini, kami menasihatkan anda supaya memeriksa jika syarikat penerbangan anda boleh menukarkan jalan penerbangan, menangguhkan tarikh penerbangan anda atau membayarbalik harga tiket anda. Serahkan butiran peribadi kepada syarikat penerbangan pada masa penempahan tiket, untuk membolehkan syarikat penerbangan menghantarkan kemaskini tentang status penerbangan anda.

Jika anda berada di kawasan yang dijejaskan oleh taufan ini, bawa bertenang dan berwaspada. Elakkan keluar daripada bangunan atau rumah dan pastikan bekalan makanan mencukupi. Tutup suis bekalan elektrik utama sebagai langkah keselamatan daripada arus elektrik dan pertimbangkan tahap keselamatan tempat penginapan anda, jalan-jalan keluar, dan ikuti arahan pihak berkuasa tempatan. Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang hak pelancongan anda, log masuk ke https://flysmart.my/en/your-rights-a-z/

Google Analytics Alternative