
Ogos 9, 2018
Kami telah dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), pengawal selia teknikal bagi industri penerbangan awam, yang sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-61 Malaysia, ruang udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur akan ditutup untuk penerbangan komersil dari 27 hingga 31 Ogos 2018, 9 pagi hingga 10.30 pagi kerana latihan Merdeka Flypast. Kami ingin menasihati para pengguna untuk merancang perjalanan mereka dengan sewajarnya. Para penumpang yang sudah merancang untuk mengguna KLIA dan klia2 sepanjang tempoh itu dinasihatkan untuk menghubungi syarikat penerbangan masing-masing atau melawat laman web syarikat penerbangan itu untuk memeriksa status penerbangan mereka sebelum pergi ke lapangan terbang.
Dapatkan Maklumat Terkini


