Pilih satu Halaman

Melancong dengan

bijak ketika bencana alam

Updated onDikemaskini pada 18, Jun 2021

Apabila menyentuh topik bencana alam, segala persediaan memang tidak pernah mencukupi. Tetapi sebagai seorang pelancong, anda boleh membuat persediaan rapi.

Ketahui destinasi anda
Pastikan anda membuat kajian tentang destinasi yang anda tujui. Apabila tiba di destinasi, ketahui butiran prosedur pemindahan dan jalan dari hotel anda. Jika anda melancong secara berkumpulan, ia adalah bijak untuk menentukan titik pertemuan dengan para pelancong lain.

Jika anda berada dalam hotel
Jika anda tidak berada di tingkat bawah, cuba untuk tidak meninggalkan hotel ketika kejadian gempa bumi. Cari perlindungan di bawah meja atau katil dan jauhi dari barangan seperti rak buku. Ia adalah langkah penting untuk anda baring dengan lengan anda menutupi bahagian kepala.

Mengalami gempa bumi di kawasan berhampiran pantai
Pindah ke kawasan pedalaman di aras yang lebih tinggi. Jika berlaku gempa bumi, terdapat kemungkinan berlakunya tsunami.
Mendapat kemaskini dari syarikat penerbangan anda
Pastikan anda memberi butiran peribadi anda kepada syarikat penerbangan ketika anda membuat tempahan. Ini akan memastikan anda menerima kemaskini terbaru yang mungkin melibatkan situasi anda. Anda akan menerima kemaskini mengenai penundaan atau pembatalan penerbangan.

Daftar dan senaraikan
Daftar dengan kedutaan negara anda.
Pastikan anda mempunyai senarai nombor kecemasan, perkhidmatan kecemasan tempatan, hospital dan kedutaan atau konsulat. Bawa juga senarai perkataan atau ungkapan kecemasan.

Ketahui hak anda
Malapetaka mampu mengubah rancangan melancong anda dengan serta-merta. Ia adalah sesuatu yang bijak untuk membuat persediaan dan mengetahui hak-hak anda sebagai penumpang. Untuk ketahui lebih lanjut, log masuk ke https://flysmart.my/bm/hak-anda-a-z/

Sentiasa beringat untuk cuba membantu para pelancong atau penumpang lain yang memerlukan pertolongan. Yang paling penting, sentiasa melancong secara pintar dan selamat