
Menjelang cuti Raya, kita semua pasti teruja untuk balik kampung bagi menyambut perayaan Aidilfitri bersama keluarga atau pun menggunakan kesempatan ini untuk pergi bercuti. Walaupun pengumuman penerbangan akan ditambah pada musim ini bagi melegakan fikiran kebanyakan mereka yang akan membuat perjalanan pada waktu-waktu terakhir, ia juga bermakna syarikat penerbangan dan lapangan terbang perlu bersiap sedia untuk menampung 140,264 penumpang tambahan yang akan membuat penerbangan pada musim ini.
Bayangkan kesesakannya!
Berikut adalah beberapa tip ringkas untuk memastikan perjalanan anda lancar:
- Tiba di lapangan terbang awal
Rancang awal untuk mengelakkan kesesakan penumpang yang mendaftar masuk dan menaiki pesawat.
- Daftar masuk secara online
Perkhidmatan mendaftar masuk secara di atas talian web dan dengan menggunakan telefon bimbit adalah cara yang lebih bijak untuk mengelakkan daripada perlu beratur panjang di lapangan terbang,. Daftar masuk secara online selalunya boleh dilakukan dalam jangka masa 14 hari daripada tarikh perlepasan, bergantung kepada syarikat penerbangan yang anda naiki.Nota: Kebanyakan kaunter daftar masuk KLIA2 untuk kedua-dua perlepasan domestik dan antarabangsa akan ditutup 60 minit sebelum jadual perlepasan penerbangan.
- Sentiasa bersedia. Dapatkan perlindungan insurans perjalanan
Dengan kenaikan jumlah penerbangan dan penumpang, kadangkala perkara yang tidak diingini mungkin akan berlaku. Pampasan oleh syarikat penerbangan tidak selalunya memadai untuk menampung ganti rugi. Perlindungan insurans yang dibeli dapat melindungi anda daripada kerugian yang dialami.
- Bawa barangan secara bijak dan memadai
Terlebih membawa barangan untuk seisi keluarga daripada yang sepatutnya memang perkara yang lazim berlaku. Pastikan anda sedia maklum tentang had berat bagasi anda. Pastikan anda mempunyai bagasi ringan kabin untuk menyimpan barangan penting seperti pasport, dokumen perjalanan, pakaian salinan dan wang. Ambil gambar kesemua barangan yang dibawa untuk perjalanan tersebut untuk persediaan situasi tak diduga seperti kehilangan bagasi. Simpan resit atau bukti nilai untuk pengesahan tuntutan.
- Bertenang jika penerbangan anda ditunda atau dibatalkan
Walaupun anda mungkin tidak akan mengalami situasi ini, ia adalah sesuatu yang bijak untuk menduga situasi di luar jangkaan. Bergantung sama ada anda mengalami penundaan atau pembatalan penerbangan, anda berhak untuk menerima yang berikut:- Penundaan 2 jam atau lebih: hidangan makanan, khidmat panggilan telefon, akses internet
- Penundaan 5 jam atau lebih: penginapan hotel (jika perlu)
- Pembatalan penerbangan: bayaran balik atau penerbangan alternatif
Jika anda mengalami masalah dengan penerbangan anda, anda perlu terlebih dahulu membuat laporan terhadap syarikat penerbangan atau lapangan terbang. Jika ia tidak diselesaikan dalam tempoh 30 hari, serahkan aduan kepada MAVCOM melalui www.flysmart.my
Ikuti langkah-langkah ini dan nikmati sambutan Hari Raya dengan hati yang senang.
Buat semua penumpang, selamat bercuti ☺ Buat mereka yang menyambutnya, Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Dapatkan Maklumat Terkini


