Pilih satu Halaman
Secara amnya, setiap penumpang sesebuah penerbangan adalah dilindungi – tapi hanya pada tahap tertentu. Setiap pesawat dilindungi dengan insurans, dan jika situasi tidak diingini berlaku, para penumpangnya juga dilindungi.
Tapi tahukah anda, selain dari dilindungi sebagai penumpang, anda juga terlindung dari segi pengguna – iaitu sebagai pelanggan kepada perkhidmatan syarikat penerbangan?
Updated onDikemaskini pada 18, Jun 2021
Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) ditubuhkan untuk memastikan penumpang menerima hak penjagaan dan pampasan yang sepatutnya. Ia melindungi hak-hak penumpang dan memastikan pihak-pihak yang berkenaan dengan industri penerbangan patuh kepada tatakelakuan agar perjalanan penumpang berjalan dengan lancar.
 
MACPC memantau dan mengawal bayaran balik bagi pembatalan penerbangan, pampasan bagi salah pengendalian bagasi, pemberian makanan, khidmat panggilan telefon dan akses internet bagi penerbangan tertunda serta penginapan bagi penundaan yang bertempoh panjang.
 
Adakah perlindungan-perlindungan ini memadai atau adakah penumpang masih perlu membeli insurans perjalanan?
Dan bagaimana untuk tahu jika ia mencukupi?

Kami telah bertanya beberapa penumpang berpengalaman dan berikut adalah pendapat mereka.

Anthony C. menjalankan perniagaan pakar rundingannya sendiri dan kerap ke luar negara untuk bertemu dengan klien dan rakan industri. Menetap di Miri, Anthony akan mengambil penerbangan ke KLIA dan KLIA2 dan kadangkala ke Singapura untuk penerbangan sambungan ke Eropah, Amerika dan seantara Asia. Baginya, perlindungan syarikat penerbangan, perlindungan pengguna dan perlindungan peribadi adalah tiga perlindungan berbeza dan mempunyai fungsi berlainan buat penumpang sepertinya.
Perlindungan syarikat penerbangan dibentuk khususnya untuk memastikan perniagaan penerbangan dapat bertahan lama. Walaupun terdapat perlindungan untuk penumpang, tuntutan lazimnya mengambil masa yang lama untuk diproses jika berlakunya sebarang insiden, dan tuntutan terhad kepada insiden tertentu di mana syarikat penerbangan bertanggungjawab sepenuhnya, contohnya: jika pesawat mengalami keadaan luar jangkaan, gelora udara yang menyebabkan kecederaan atau terdedah kepada sebarang kemalangan atau situasi bahaya.
Oleh itu, MACPC berperanan memastikan perjalanan penumpang sentiasa lancar dan jika berlaku sesuatu yang tak diingini, penumpang akan dijaga dan diberi pampasan supaya perjalanan mereka dapat diteruskan.  
Dan bagaimana pula penerbangan penumpang yang di luar perlindungan MACPC dan perlindungan insurans syarikat penerbangan? Jawapannya ialah: pembelian insurans perjalanan.
Insurans perjalanan merangkumi perlindungan untuk pelbagai jenis kemungkinan dan situasi, misalnya isu-isu sebelum penerbangan, semasa penerbangan, penundaan penerbangan dan pembatalan penerbangan. Insurans perjalanan terdiri daripada perlindungan yang paling asas atau perlindungan meluas yang merangkumi isu-isu kecil perjalanan.
Satu cara untuk mengenal pasti perbezaan perlindungan yang ditawarkan oleh insurans perjalanan berbanding perlindungan penerbangan dan MACPC ialah dengan merujuk kepada isu kehilangan atau kerosakan bagasi.
Apabila situasi bagasi hilang berlaku, pihak penerbangan bertanggungjawab untuk membayar penumpang dengan bekalan yang tertera di dalam MACPC untuk penundaan, kehilangan atau kerosakan bagasi. Jumlahnya mungkin lebih rendah dari apa yang lazim dibawa penumpang berpengelaman, seperti sampel produk atau pakaian bisnes dll.
Namun MACPC menyatakan bahawa syarikat penerbangan tempatan atau asing masih bertanggungjawab bagi memastikan penumpang menerima pampasan yang sepatutnya, tidak kira sama ada mereka memiliki insurans perjalanan atau tidak.
Situasi di mana insurans perjalanan dapat membantu: Jika penumpang memiliki insurans perjalanan, dan pampasan yang diberi oleh pihak penerbangan tidak mencukupi untuk menampung kerugian, penumpang boleh menuntut ganti rugi tambahan dari pembekal insurans – tertakluk kepada terma dan syarat polisi insurans tersebut dan keputusan siasatan dan kajian.
Insurans perjalanan juga dapat merapatkan jurang perlindungan yang tidak ditampung syarikat penerbangan dan MACPC sepanjang tempoh perjalanan, seperti kemalangan, penyakit, kemasukan ke hospital atau pengangkutan perubatan kecemasan ke negara asal penumpang.

Bagi Anthony, insurans perjalanan amat berguna semasa perjalanannya ke Delhi, India baru-baru ini.  

Penerbangan pulangnya ke Malaysia ditunda selama 48 jam dan Anthony mengalami kesakitan perut yang teruk, yang dijangkiti sewaktu perjalanannya. Daripada menunggu untuk pulang menerima rawatan, Anthony berjumpa dengan pakar perubatan di hospital Delhi dan menerima rawatan diwadkan, berserta perubatan yang diperlukannya dengan segera.
Perbelanjaan perubatannya ditanggung oleh insurans perjalanan peribadi.
All airline travellers are protected – to some extent. Aircrafts are insured, and in the event something untoward happens during a flight, passengers are covered by the airline’s insurance.
But do you know that aside from being protected as a traveller, you are also protected as a consumer, a buyer of airline services?
The Malaysian Aviation Consumer Protection Code 2016 (MACPC) was created to ensure that air travellers get the care and compensation they are entitled to. It protects passenger rights and ensure related parties in the aviation industry abide by a code of conduct to ensure each passenger’s journey goes as smoothly as possible.
Amongst other things, the MACPC regulates refunds for flight cancellations, compensation for mishandled luggage, the provision of meals, phone calls and internet access for delayed flights; and accommodation for extended delays.
With this kind of protection now in place, should travellers still purchase travel insurance?
How much is enough?
And when is it too much?

We asked smart travellers for their views, and here’s what we found out.

Anthony C. runs his own business consultancy, and travels around the world to meet his clients and industry partners.  Living in Miri, he travels short haul to KLIA and KLIA2, and sometimes to Singapore, to catch onward connections to Europe, US and across Asia.  He tells us that airline coverage, consumer protection and personal protection are three different things, and serve three different purposes for a traveller like him.
Airline coverage is primarily designed to ensure the sustainability of an airline business.  While coverage for passengers is included, claims often take a long time to be processed in the event of an incident, and are limited to areas where the airline is held directly responsible, for example where a plane has encountered unforeseen circumstances, where passengers have been injured during particularly bumpy turbulence, or exposed to some kind of mishap or hazard.
The MACPC, in turn, ensures that a traveller’s journey isn’t disrupted, and when it is, that he or she is adequately cared for and compensated in order to continue their journey.  
What happens when a traveller is on his journey, but outside of the realm of what the airline insurance and MACPC covers? This is where travel insurance comes in.
Travel insurance covers a variety of different circumstances and situations, such as issues before you travel, during your travel, flight delays and flight cancellations. Travel insurance can be very basic or widely extensive at best, covering even the smallest detail of a trip.
One way of evaluating the coverage provided by travel insurance versus airline coverage and the MACPC is looking at mishandled or lost luggage.
When a piece of luggage is lost, the airline is obliged to pay the passenger the provision stated in the MACPC for the delayed, lost or damaged luggage. This amount could be below what seasoned travellers often carry, like product samples or simply better-quality business attire etc.
The MACPC, on the other hand, states that airlines, whether local or foreign, are still responsible for ensuring that the passenger receives necessary compensation regardless of whether they had purchased a travel insurance or not.
Where travel insurance helps:  If a passenger has purchased travel insurance, and the compensation offered by the airline is insufficient to cover the losses, the passenger can claim the additional losses from his insurance provider, subject to the terms and conditions of the insurance policy and the outcome of the investigation and review.
Travel insurance can also close the gaps that airline and the MACPC don’t cover through the entire travel period, like accidents, illness, hospitalisation, or in extreme conditions, emergency medical transportation to the passenger’s home country.

In Anthony’s case, travel insurance came in really handy on a recent trip to Delhi, India.  

His flight back to Malaysia was delayed by over 48 hours, and he was suffering from a severe bout of the stomach flu picked up on his travels.  Instead of waiting to see a doctor at home, he saw a medical specialist at a Delhi hospital, and received the inpatient treatment and medical care he needed immediately.
The medical costs were covered by his personal travel insurance, while the MACPC code ensured he received all possible compensation for the delayed flight, including hotel accommodation.