Pilih satu Halaman

Updated onDikemaskini pada 18, Jun 2021

SD kerap melakukan penerbangan dan dia telah belajar dari pengalaman (yang pahit!)bahawa mengharapkan kepada memori sahaja ketika mengemas bagasi bukanlah satu langkah yang bijak. Sebagai seorang usahawan, ibu dan pengasuh, SD kini menggunakan senarai semakan yang disimpan di dalam telefon untuk memastikan semua keperluan perjalanannya dibawa agar perjalanannya bebas masalah.  
Senarai semakan SD dikategorikan kepada 3 fasa keperluan perjalanannya – tempahan, pengemasan bagasi dan keperluan dalam pesawat. SD telah berkongsi beberapa tip perjalanannya bagi setiap item berdasarkan pengalamannya yang lazim apabila melakukan penerbangan.

TEMPAH

Tiket penerbangan: Tarikh, pilihan syarikat penerbangan, perbandingan harga, penerbangan sambungan, waktu ketibaan / perlepasan, tempat duduk, makanan, peruntukan bagasi.
Tip: Laman-laman tempahan penerbangan amat berguna untuk membuat perbandingan. Anda boleh menempah melaluinya atau ke laman rasmi syarikat penerbangan untuk menyemak sebarang promosi dan membuat pembelian. Jangan lupa untuk semak program kesetiaan pelanggan syarikat penerbangan anda untuk melihat sama ada anda layak untuk menebus jarak terbang atau promo.
Insurans Perjalanan: Dah kemaskini? Cukup perlindungan?
Tip: Jika anda kerap membuat penerbangan, beli pelan tahunan – ia lebih murah dan mudah diurus. Anda boleh membeli insurans perjalanan untuk satu perjalanan kepada ahli keluarga yang jarang melancong. Apa kata beli pelan keluarga jika anda sekeluarga kerap melakukan penerbangan? Semak pengurusan kewangan atau laman pelancongan secara online untuk membanding harga dari pembekal berbeza. Simpan salinan insurans perjalanan berserta pasport anda pada setiap masa. Simpan juga salinan di dalam telefon anda untuk rujukan.
Visa: Perlu Visa? Proses permohonan? Berapa lama untuk memohon? Secara online atau melalui kedutaan/ejen? Pembayaran? Gambar? Surat?
Tip: Kebanyakan negara kini menawarkan khidmat permohonan secara online, tapi sesetengah laman web masih sedikit sukar untuk dikemudi, atau masih memerlukan anda ke kedutaan untuk ditemu ramah atau membuat pembayaran. Jika anda tidak mempunyai masa untuk permohonan secara ini, kebanyakan ejen pelancongan menawarkan khidmat permohonan visa yang berbayar dan mereka biasa mengemudi laman-laman web tersebut. Ia mungkin lebih bermanfaat jika anda serahkan saja kepada ejen untuk memproses lebih dari satu permohonan, atau jika anda kesuntukan masa.
Daftar masuk secara online: 48 jam sebelum penerbangan
Tip: Gunakan aplikasi pelancongan. Ia menyimpan semua maklumat penerbangan dan tempahan anda di dalam satu laman dan memaklumkan anda akan sebarang perubahan kepada jadual penerbangan, waktu mendaftar masuk, status penerbangan, maklumat pintu perlepasan, maklumat karusel bagasi, serta mengatur segala persiapan selepas anda mendarat seperti hotel dan janji temu. Memang mudah!
Hotel:  Tempahan!
Tip tempahan: Gunakan laman tempahan hotel untuk membanding pilihan dan membaca ulasan pelancong lain. Ia cara terbaik untuk mengetahui gambaran sebenar hotel anda – selain gambar-gambar sempurna yang dipaparkan oleh pihak hotel itu sendiri. Sesetengah laman web dan program kesetiaan membenarkan pembatalan sehingga beberapa hari sebelum tarikh penginapan anda. Ini amat berguna jika anda anda memerlukan jadual yang fleksibel. Anda juga boleh mengumpul mata kesetiaan untuk ditebus di lain hari. Jika anda seorang ahli premier sesebuah program hotel, anda juga boleh menikmati fleksibiliti bagi waktu daftar masuk dan daftar keluar, jika anda tiba atau bertolak awal pagi atau lewat malam (di luar jangka waktu am pendaftaran masuk/keluar hotel).
Tip menempah bilik: Jika anda melancong secara berkumpulan atau bersama kanak-kanak, semak polisi hotel mengenai kuantiti tetamu berbanding saiz bilik. Negara seperti Australia mengamalkan peraturan kebakaran yang ketat, dan ini menetapkan jumlah tetamu yang boleh ditempatkan di dalam bilik berdasarkan saiz yang berbeza. Anda perlu elakkan insiden di mana anda tiba di destinasi dan terpaksa membayar harga tinggi untuk menaik taraf ke bilik yang lebih besar, atau lebih teruk lagi, bilik yang anda mahukan tidak boleh diperolehi atas sebab-sebab tertentu.
Pengangkutan: Khidmat pengangkutan lapangan terbang? Pengangkutan awam bandar? Pengangkutan luar bandar? Sewa kereta? GPS dan caj telefon untuk kereta?
Tip khidmat pengangkutan lapangan terbang: Kebanyakan lapangan terbang antarabangsa mempunyai beberapa sistem pengangkutan awam yang menghubungkan anda ke bandar atau hotel-hotel utama serta kawasan-kawasan pelancongan. Pilihan-pilihan ini, serta aplikasi kongsi kenderaan, adalah pilihan yang lebih murah berbanding khidmat teksi. Dan ingat, menaiki kenderaan secara berkumpulan berbanding seorang diri adalah lebih menjimatkan.
Contohnya, 3 rakan yang berkongsi tambang teksi membayar tambang yang lebih murah daripada setiap seorang yang membayar tiket komuter. Sesetengah syarikat khidmat pengangkutan lapangan terbang menawarkan kupon promosi untuk perjalanan pulang, jadi ia mungkin lebih bijak untuk membeli tiket pergi-balik berbanding tiket sehala. Kesemua maklumat berkenaan khidmat-khidmat ini boleh didapati secara online dan kerapnya anda juga boleh terus membuat pembelian – justeru mengelakkan daripada perlu beratur panjang!
Tip pengangkutan awam bandar: Pengangkutan awam adalah pilihan terbaik di kebanyakan bandar, jadi semak khidmat-khidmat tersebut terlebih dahulu. Terdapat banyak pilihan yang baik bagi perjalanan yang lebih dari sehala, termasuk pas 3 hari, 5 hari atau pas mingguan. Dan kebanyakan khidmat ini menawarkan harga istimewa untuk kanak-kanak dan warga emas. Rujuk maklumat-maklumat ini sebelum anda melancong. Jika perlu, pihak hotel anda juga boleh menerangkan maklumat-maklumat ini.
Tip pengangkutan luar bandar: Ia sedikit rumit jika kawasan luar bandar yang anda ingin pergi tidak mempunyai khidmat pengangkutan yang mudah diakses, dan anda perlu mengikut jadual yang ditetapkan. Maklumat mengenai hubungan ke pusat dagangan utama dan destinasi pelancong mudah diperolehi di laman-laman pelancongan. Atau, tanya sahaja soalan di forum-forum untuk dijawab para pelancong lain.
Tip sewa kereta: Setiap negara mempunyai peraturan berbeza untuk pemandu antarabangsa, jadi anda perlu rujuk secara online terlebih dahulu. Laman-laman khidmat sewa kereta akan menyenaraikan jenis dokumentasi yang diperlukan serta terma dan syarat tempahan. Setelah anda memperoleh maklumat ini, semak juga dengan syarikat penerbangan atau laman tempahan hotel anda – biasanya terdapat harga istimewa untuk perkhidmatan sewa kereta yang ditempah bersama penerbangan atau hotel.

Jika anda melancong dengan kanak-kanak, anda perlu sentiasa semak peraturan menaiki kereta bersama kanak-kanak. Sesetengah negara mempunyai peraturan yang ketat bagi penggunaan tempat duduk dan booster kanak-kanak, termasuk jumlah penumpang dalam kereta. Jika anda memerlukan GPS, tempat duduk dan booster tempat duduk kereta, semak online untuk laman-laman sewa atau tanya syarikat sewa kereta kerana mereka mungkin dapat memberi bantuan.
Hiburan: Tempahan awal restoran? Pertunjukan? Sukan? Aktiviti? Akses yang tak perlu beratur? Kelas?
Tip: Cara terbaik untuk menikmati saat-saat melancong anda ialah dengan membuat tempahan awal. Restoran-restoran dan tempat pelancongan popular biasanya akan sesak setiap tahun. Jadi dengan membuat tempahan awal, anda akan mengelakkan situasi di mana anda hanya mampu melihat dari luar tingkap restoran sahaja, berbanding dapat menikmati hidangan di dalam restoran bersama pengunjung-pengunjung lain! Kebanyakan tempat pelancongan popular menawarkan tiket akses pantas untuk melangkaui barisan panjang, atau untuk menghadkan jumlah pelanggan dalam sehari. Jika anda membuat perancangan terperinci tentang destinasi yang ditujui, anda akan dapat mengenalpasti acara-acara menarik yang akan berlaku semasa anda di sana, atau mengambil kesempatan untuk menyertai lawatan dan pertunjukan istimewa.
Telefon & Data Perantauan: Pembekal khidmat perantauan? Pakej? Terma?
Tip:  Pembekal khidmat perantauan yang dipilih dapat memberi pengalaman yang berbeza di akhir perjalanan anda iaitu dengan harga bil yang melambung atau bil yang berpatutan. Kesemua pembekal perkhidmatan komunikasi akan menawarkan harga istimewa untuk khidmat perantauan antarabangsa seperti pakej panggilan atau SMS sahaja, atau kombinasi kedua-duanya. Anda juga boleh membuat pilihan pakej perantauan harian dan mingguan. Apa yang penting ialah untuk anda mengambil tahu siapakah pembekal khidmat perantauan di bawah syarikat komunikasi anda dan pastikan anda mengeset khidmat perantauan anda kepada “manual” dalam telefon bimbit sebelum anda melancong, supaya anda boleh memilih pembekal yang sesuai setelah anda tiba. Lazimnya harga pakej data adalah tinggi jika anda melepasi had penggunaan, jadi cara terbaik untuk mengelakkan ini berlaku adalah dengan menggunakan khidmat wifi sekerap yang boleh.
.
Cenderamata: Untuk siapa? Resit?
Tip: Selalunya apabila melancong, membeli cenderamata adalah satu kemestian, sama ada untuk rakan niaga atau ahli keluarga. Tapi ia mungkin sukar dibawa kerana saiz atau bentuknya. Cuba memilih cenderamata bersaiz kecil dan bersifat peribadi, berciri kebangsaan, dan sukar diperolehi di destinasi anda. Bahan makanan memang popular di kalangan orang Asia tapi perlulah beringat, sesetengah negara seperti Australia mempunyai peraturan ketat berkenaan pengimportan bahan makanan.

BAWA

Dokumentasi! Pasport? Visa? Salinan?
Tip: Sesetengah syarikat kapal terbang membenarkan anda untuk daftar masuk di kaunter dengan hanya nombor rujukan tempahan. Semak sebelum waktu jika anda memilih untuk melancong dengan dokumentasi digital, kerana syarikat penerbangan dan imigrasi mempunyai keperluan berbeza, jadi anda mungkin tidak dapat mengalami kemudahan yang sama sewaktu perjalanan pulang. Jika ragu-ragu, bawa sahaja salinan dokumen fizikal bersama anda. Dan pastikan anda sentiasa memiliki salinan di dalam telefon bimbit atau aplikasi pelancongan anda. Pastikan juga pasport anda mempunyai tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh tamat kerana kebanyakan negara tidak membenarkan anda masuk sekiranya tempohnya kurang daripada itu.
.
Mata wang: Berapa banyak? Kadar pertukaran? Kad Kredit?
Tips: Jika anda melancong ke sesuatu tempat buat pertama kalinya, buat semakan ringkas secara online mengenai perbelanjaan keperluan harian, seperti pengangkutan, makanan dll. Semak juga caj dan surcaj kad kredit yang biasa di negara tersebut. Dengan cara ini, perbelanjaan harian dapat dirancang dan jika anda tidak mahu membawa wang yang banyak, anda boleh bawa jumlah yang memadai sahaja. Tukar mata wang anda di pengurup wang berdekatan anda atau di bandar terdekat, kerana kadar di lapangan terbang kerapnya lebih tinggi. Bawa sekurang-kurangnya dua kad kredit – sekiranya salah satu daripadanya mengalami masalah. Dan jangan lupa nombor PIN anda!
Bagasi: Daftar masuk? Barangan lain seperti ubatan, barangan kerja?
Tip daftar masuk bagasi: Menyimpan barangan dalam bagasi dengan bijak bermula dengan dua maklumat penting – cuaca destinasi dan jadual mesyuarat. Menyimpan pakaian untuk cuaca sejuk melibatkan pemakaian bersaiz besar – guna pek bungkusan untuk memaksimakan ruang. Untuk jadual yang padat dengan mesyuarat, bawa pakaian yang tidak perlu diseterika dan senang untuk disuai padan. Ia lebih mudah untuk memakai pakaian biasa yang disuaikan dengan aksesori menarik berbanding membawa pelbagai jenis pakaian. Bawa barangan solek bersaiz kecil dan minimakan jumlahnya. Gulung pakaian dan simpan barangan kecil di dalam kasut untuk memaksimakan ruang. Atau beli beberapa kasut elegan yang mudah dilipat dan mempunyai tasnya sendiri – ia sangat mudah dibawa melancong! Usah bawa beg tangan anda yang bersaiz besar! Beg sandang klasik dan beg kepit untuk waktu malam mudah digunakan bila-bila masa. Sentiasa bawa beg yang boleh dilipat dan kunci bagasi ekstra untuk situasi di mana anda mempunyai lebihan barangan untuk dibawa pulang (atau untuk mengasingkan pakaian kotor dari yang bersih). Jangan lupa juga untuk menanggalkan tag bagasi dan kod stiker yang sudah lama.
.

NAIK

Bagasi kabin : pasport, tiket, pengecas telefon, pembaca-e, kit solekan, ubatan kecemasan, pakaian salinan, jaket.
Tip bagasi kabin:: Bagasi troli bukanlah pilihan yang paling mudah semasa penerbangan kerana anda sentiasa perlu mengeluarkanya dari ruang bagasi atas kepala jika anda perlu mengambil sesuatu. Beg sandang yang lembut dan luas yang mampu dizip, atau beg galas (jika boleh, dengan kunci siap pasang), yang anda boleh letak di ruang kaki adalah lebih mudah untuk dicapai. Simpan pasport, dokumen pelancongan dan wang di dalam beg tangan kecil atau beg kepit anda dan pastikan ia disimpan di ruang yang selamat.
Cuba untuk meminimakan barangan lain. Jika anda kerap lakukan penerbangan dan gemar membaca, beli sebuah pembaca-e, pengecas multiport, kord pengecaj yang pendek yang tidak begitu memakan ruang. Jika anda terus ke mesyuarat sejurus selepas mendarat, bawa baju yang tak perlu diseterika, atau jaket yang tidak mudah komot bersama anda untuk berpenampilan menarik. Bawa tisu basah, berus gigi, set melancong dan set solekan yang asas untuk menyegarkan diri sebelum anda keluar.
Jika anda perlu makan setiap masa atas sebab-sebab perubatan atau membuat penerbangan bersama kanak-kanak, bawa snek dalam pek individu tapi jangan lupa untuk habiskannya atau buang sebelum mendarat jika negara destinasi tidak membenarkan pelancong membawa barangan tertentu. Botol air kecil yang mudah diisi semula amat berguna. Isi botol air ketika pesawat sudah di udara dan anak kapal sedia berkhidmat semula supaya anda tidak kerap memanggil mereka untuk isian semula.
Bahan kerja perlu disimpan di dalam beg berasingan jika perlu, dan yang mudah disimpan atau disangkut kepada bagasi kabin anda.
SD kerap melakukan penerbangan dan dia telah belajar dari pengalaman (yang pahit!) bahawa mengharapkan kepada memori sahaja ketika mengemas bagasi bukanlah satu langkah yang bijak. Sebagai seorang usahawan, ibu dan pengasuh, SD kini menggunakan senarai semakan yang disimpan di dalam telefon untuk memastikan semua keperluan perjalanannya dibawa agar perjalanannya bebas masalah.
Senarai semakan SD dikategorikan kepada 3 fasa keperluan perjalanannya – tempahan, pengemasan bagasi dan keperluan dalam pesawat. SD telah berkongsi beberapa tip perjalanannya bagi setiap item berdasarkan pengalamannya yang lazim apabila melakukan penerbangan.

TEMPAH

Tiket penerbangan: Tarikh, pilihan syarikat penerbangan, perbandingan harga, penerbangan sambungan, waktu ketibaan / perlepasan, tempat duduk, makanan, peruntukan bagasi.
Tip: Laman-laman tempahan penerbangan amat berguna untuk membuat perbandingan. Anda boleh menempah melaluinya atau ke laman rasmi syarikat penerbangan untuk menyemak sebarang promosi dan membuat pembelian. Jangan lupa untuk semak program kesetiaan pelanggan syarikat penerbangan anda untuk melihat sama ada anda layak untuk menebus jarak terbang atau promo.
Insurans Perjalanan: Dah kemaskini? Cukup perlindungan?
Tips: Jika anda kerap membuat penerbangan, beli pelan tahunan – ia lebih murah dan mudah diurus. Anda boleh membeli insurans perjalanan untuk satu perjalanan kepada ahli keluarga yang jarang melancong. Apa kata beli pelan keluarga jika anda sekeluarga kerap melakukan penerbangan? Semak pengurusan kewangan atau laman pelancongan secara online untuk membanding harga dari pembekal berbeza. Simpan salinan insurans perjalanan berserta pasport anda pada setiap masa. Simpan juga salinan di dalam telefon anda untuk rujukan.
Visa: Perlu Visa? Proses permohonan? Berapa lama untuk memohon? Secara online atau melalui kedutaan/ejen? Pembayaran? Gambar? Surat?
Tip: Kebanyakan negara kini menawarkan khidmat permohonan secara online, tapi sesetengah laman web masih sedikit sukar untuk dikemudi, atau masih memerlukan anda ke kedutaan untuk ditemu ramah atau membuat pembayaran. Jika anda tidak mempunyai masa untuk permohonan secara ini, kebanyakan ejen pelancongan menawarkan khidmat permohonan visa yang berbayar dan mereka biasa mengemudi laman-laman web tersebut. Ia mungkin lebih bermanfaat jika anda serahkan saja kepada ejen untuk memproses lebih dari satu permohonan, atau jika anda kesuntukan masa.
Daftar masuk secara online:  48 jam sebelum penerbangan
Tip: Gunakan aplikasi pelancongan. Ia menyimpan semua maklumat penerbangan dan tempahan anda di dalam satu laman dan memaklumkan anda akan sebarang perubahan kepada jadual penerbangan, waktu mendaftar masuk, status penerbangan, maklumat pintu perlepasan, maklumat karusel bagasi, serta mengatur segala persiapan selepas anda mendarat seperti hotel dan janji temu. Memang mudah!
Hotel:  Tempahan! 
Tip tempahan: Gunakan laman tempahan hotel untuk membanding pilihan dan membaca ulasan pelancong lain. Ia cara terbaik untuk mengetahui gambaran sebenar hotel anda – selain gambar-gambar sempurna yang dipaparkan oleh pihak hotel itu sendiri. Sesetengah laman web dan program kesetiaan membenarkan pembatalan sehingga beberapa hari sebelum tarikh penginapan anda. Ini amat berguna jika anda anda memerlukan jadual yang fleksibel. Anda juga boleh mengumpul mata kesetiaan untuk ditebus di lain hari. Jika anda seorang ahli premier sesebuah program hotel, anda juga boleh menikmati fleksibiliti bagi waktu daftar masuk dan daftar keluar, jika anda tiba atau bertolak awal pagi atau lewat malam (di luar jangka waktu am pendaftaran masuk/keluar hotel).
Tip menempah bilik: Jika anda melancong secara berkumpulan atau bersama kanak-kanak, semak polisi hotel mengenai kuantiti tetamu berbanding saiz bilik. Negara seperti Australia mengamalkan peraturan kebakaran yang ketat, dan ini menetapkan jumlah tetamu yang boleh ditempatkan di dalam bilik berdasarkan saiz yang berbeza. Anda perlu elakkan insiden di mana anda tiba di destinasi dan terpaksa membayar harga tinggi untuk menaik taraf ke bilik yang lebih besar, atau lebih teruk lagi, bilik yang anda mahukan tidak boleh diperolehi atas sebab-sebab tertentu.
Pengangkutan: Khidmat pengangkutan lapangan terbang? Pengangkutan awam bandar? Pengangkutan luar bandar? Sewa kereta? GPS dan caj telefon untuk kereta?
Tip khidmat pengangkutan lapangan terbang: Kebanyakan lapangan terbang antarabangsa mempunyai beberapa sistem pengangkutan awam yang menghubungkan anda ke bandar atau hotel-hotel utama serta kawasan-kawasan pelancongan. Pilihan-pilihan ini, serta aplikasi kongsi kenderaan, adalah pilihan yang lebih murah berbanding khidmat teksi. Dan ingat, menaiki kenderaan secara berkumpulan berbanding seorang diri adalah lebih menjimatkan.
Contohnya, 3 rakan yang berkongsi tambang teksi membayar tambang yang lebih murah daripada setiap seorang yang membayar tiket komuter. Sesetengah syarikat khidmat pengangkutan lapangan terbang menawarkan kupon promosi untuk perjalanan pulang, jadi ia mungkin lebih bijak untuk membeli tiket pergi-balik berbanding tiket sehala. Kesemua maklumat berkenaan khidmat-khidmat ini boleh didapati secara online dan kerapnya anda juga boleh terus membuat pembelian – justeru mengelakkan daripada perlu beratur panjang!
Tip pengangkutan awam bandar: Pengangkutan awam adalah pilihan terbaik di kebanyakan bandar, jadi semak khidmat-khidmat tersebut terlebih dahulu. Terdapat banyak pilihan yang baik bagi perjalanan yang lebih dari sehala, termasuk pas 3 hari, 5 hari atau pas mingguan. Dan kebanyakan khidmat ini menawarkan harga istimewa untuk kanak-kanak dan warga emas. Rujuk maklumat-maklumat ini sebelum anda melancong. Jika perlu, pihak hotel anda juga boleh menerangkan maklumat-maklumat ini.
Tip pengangkutan luar bandar: Ia sedikit rumit jika kawasan luar bandar yang anda ingin pergi tidak mempunyai khidmat pengangkutan yang mudah diakses, dan anda perlu mengikut jadual yang ditetapkan. Maklumat mengenai hubungan ke pusat dagangan utama dan destinasi pelancong mudah diperolehi di laman-laman pelancongan. Atau, tanya sahaja soalan di forum-forum untuk dijawab para pelancong lain.
Tip sewa kereta: Setiap negara mempunyai peraturan berbeza untuk pemandu antarabangsa, jadi anda perlu rujuk secara online terlebih dahulu. Laman-laman khidmat sewa kereta akan menyenaraikan jenis dokumentasi yang diperlukan serta terma dan syarat tempahan. Setelah anda memperoleh maklumat ini, semak juga dengan syarikat penerbangan atau laman tempahan hotel anda – biasanya terdapat harga istimewa untuk perkhidmatan sewa kereta yang ditempah bersama penerbangan atau hotel.

Jika anda melancong dengan kanak-kanak, anda perlu sentiasa semak peraturan menaiki kereta bersama kanak-kanak. Sesetengah negara mempunyai peraturan yang ketat bagi penggunaan tempat duduk dan booster kanak-kanak, termasuk jumlah penumpang dalam kereta. Jika anda memerlukan GPS, tempat duduk dan booster tempat duduk kereta, semak online untuk laman-laman sewa atau tanya syarikat sewa kereta kerana mereka mungkin dapat memberi bantuan.
.
Hiburan: Tempahan awal restoran? Pertunjukan? Sukan? Aktiviti? Akses yang tak perlu beratur? Kelas?
Tip: Cara terbaik untuk menikmati saat-saat melancong anda ialah dengan membuat tempahan awal. Restoran-restoran dan tempat pelancongan popular biasanya akan sesak setiap tahun. Jadi dengan membuat tempahan awal, anda akan mengelakkan situasi di mana anda hanya mampu melihat dari luar tingkap restoran sahaja, berbanding dapat menikmati hidangan di dalam restoran bersama pengunjung-pengunjung lain! Kebanyakan tempat pelancongan popular menawarkan tiket akses pantas untuk melangkaui barisan panjang, atau untuk menghadkan jumlah pelanggan dalam sehari. Jika anda membuat perancangan terperinci tentang destinasi yang ditujui, anda akan dapat mengenalpasti acara-acara menarik yang akan berlaku semasa anda di sana, atau mengambil kesempatan untuk menyertai lawatan dan pertunjukan istimewa.
Telefon & Data Perantauan: Pembekal khidmat perantauan? Pakej? Terma?
Tip:  Pembekal khidmat perantauan yang dipilih dapat memberi pengalaman yang berbeza di akhir perjalanan anda iaitu dengan harga bil yang melambung atau bil yang berpatutan. Kesemua pembekal perkhidmatan komunikasi akan menawarkan harga istimewa untuk khidmat perantauan antarabangsa seperti pakej panggilan atau SMS sahaja, atau kombinasi kedua-duanya. Anda juga boleh membuat pilihan pakej perantauan harian dan mingguan. Apa yang penting ialah untuk anda mengambil tahu siapakah pembekal khidmat perantauan di bawah syarikat komunikasi anda dan pastikan anda mengeset khidmat perantauan anda kepada “manual” dalam telefon bimbit sebelum anda melancong, supaya anda boleh memilih pembekal yang sesuai setelah anda tiba. Lazimnya harga pakej data adalah tinggi jika anda melepasi had penggunaan, jadi cara terbaik untuk mengelakkan ini berlaku adalah dengan menggunakan khidmat wifi sekerap yang boleh.
Cenderamata: Untuk siapa? Resit?
Tip: Selalunya apabila melancong, membeli cenderamata adalah satu kemestian, sama ada untuk rakan niaga atau ahli keluarga. Tapi ia mungkin sukar dibawa kerana saiz atau bentuknya. Cuba memilih cenderamata bersaiz kecil dan bersifat peribadi, berciri kebangsaan, dan sukar diperolehi di destinasi anda. Bahan makanan memang popular di kalangan orang Asia tapi perlulah beringat, sesetengah negara seperti Australia mempunyai peraturan ketat berkenaan pengimportan bahan makanan.

BAWA

Dokumentasi! Pasport? Visa? Salinan?
Tip: Sesetengah syarikat kapal terbang membenarkan anda untuk daftar masuk di kaunter dengan hanya nombor rujukan tempahan. Semak sebelum waktu jika anda memilih untuk melancong dengan dokumentasi digital, kerana syarikat penerbangan dan imigrasi mempunyai keperluan berbeza, jadi anda mungkin tidak dapat mengalami kemudahan yang sama sewaktu perjalanan pulang. Jika ragu-ragu, bawa sahaja salinan dokumen fizikal bersama anda. Dan pastikan anda sentiasa memiliki salinan di dalam telefon bimbit atau aplikasi pelancongan anda. Pastikan juga pasport anda mempunyai tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh tamat kerana kebanyakan negara tidak membenarkan anda masuk sekiranya tempohnya kurang daripada itu.
Mata wang: Berapa banyak? Kadar pertukaran? Kad Kredit?
Tips: Jika anda melancong ke sesuatu tempat buat pertama kalinya, buat semakan ringkas secara online mengenai perbelanjaan keperluan harian, seperti pengangkutan, makanan dll. Semak juga caj dan surcaj kad kredit yang biasa di negara tersebut. Dengan cara ini, perbelanjaan harian dapat dirancang dan jika anda tidak mahu membawa wang yang banyak, anda boleh bawa jumlah yang memadai sahaja. Tukar mata wang anda di pengurup wang berdekatan anda atau di bandar terdekat, kerana kadar di lapangan terbang kerapnya lebih tinggi. Bawa sekurang-kurangnya dua kad kredit – sekiranya salah satu daripadanya mengalami masalah. Dan jangan lupa nombor PIN anda!
Bagasi: Daftar masuk? Barangan lain seperti ubatan, barangan kerja?
Tip daftar masuk bagasi: Menyimpan barangan dalam bagasi dengan bijak bermula dengan dua maklumat penting – cuaca destinasi dan jadual mesyuarat. Menyimpan pakaian untuk cuaca sejuk melibatkan pemakaian bersaiz besar – guna pek bungkusan untuk memaksimakan ruang. Untuk jadual yang padat dengan mesyuarat, bawa pakaian yang tidak perlu diseterika dan senang untuk disuai padan. Ia lebih mudah untuk memakai pakaian biasa yang disuaikan dengan aksesori menarik berbanding membawa pelbagai jenis pakaian. Bawa barangan solek bersaiz kecil dan minimakan jumlahnya. Gulung pakaian dan simpan barangan kecil di dalam kasut untuk memaksimakan ruang. Atau beli beberapa kasut elegan yang mudah dilipat dan mempunyai tasnya sendiri – ia sangat mudah dibawa melancong! Usah bawa beg tangan anda yang bersaiz besar! Beg sandang klasik dan beg kepit untuk waktu malam mudah digunakan bila-bila masa. Sentiasa bawa beg yang boleh dilipat dan kunci bagasi ekstra untuk situasi di mana anda mempunyai lebihan barangan untuk dibawa pulang (atau untuk mengasingkan pakaian kotor dari yang bersih). Jangan lupa juga untuk menanggalkan tag bagasi dan kod stiker yang sudah lama.

MENAIKI PESAWAT

Bagasi kabin : pasport, tiket, pengecas telefon, pembaca-e, kit solekan, ubatan kecemasan, pakaian salinan, jaket.
Tip bagasi kabin: Bagasi troli bukanlah pilihan yang paling mudah semasa penerbangan kerana anda sentiasa perlu mengeluarkanya dari ruang bagasi atas kepala jika anda perlu mengambil sesuatu. Beg sandang yang lembut dan luas yang mampu dizip, atau beg galas (jika boleh, dengan kunci siap pasang), yang anda boleh letak di ruang kaki adalah lebih mudah untuk dicapai. Simpan pasport, dokumen pelancongan dan wang di dalam beg tangan kecil atau beg kepit anda dan pastikan ia disimpan di ruang yang selamat
Cuba untuk meminimakan barangan lain. Jika anda kerap lakukan penerbangan dan gemar membaca, beli sebuah pembaca-e, pengecas multiport, kord pengecaj yang pendek yang tidak begitu memakan ruang. Jika anda terus ke mesyuarat sejurus selepas mendarat, bawa baju yang tak perlu diseterika, atau jaket yang tidak mudah komot bersama anda untuk berpenampilan menarik. Bawa tisu basah, berus gigi, set melancong dan set solekan yang asas untuk menyegarkan diri sebelum anda keluar.
Jika anda perlu makan setiap masa atas sebab-sebab perubatan atau membuat penerbangan bersama kanak-kanak, bawa snek dalam pek individu tapi jangan lupa untuk habiskannya atau buang sebelum mendarat jika negara destinasi tidak membenarkan pelancong membawa barangan tertentu. Botol air kecil yang mudah diisi semula amat berguna. Isi botol air ketika pesawat sudah di udara dan anak kapal sedia berkhidmat semula supaya anda tidak kerap memanggil mereka untuk isian semula..