Pilih satu Halaman

Updated onDikemaskini pada 18, Jun 2021

Penumpang yang bijak tahu akan kepentingan perlindungan insurans dan kenapa ia begitu penting sebelum memulakan sebuah perjalanan.

 

Insurans perjalanan melindungi anda dari kejadian-kejadian yang tak diduga seperti kehilangan bagasi, kecederaan, penyakit, penerbangan yang dibatalkan dan lain-lain. Perbelanjaan perubatan di luar negeri/negara boleh meningkat dengan mendadak dan insurans perjalanan dapat membantu menampung kos hospital dan lain-lain perbelanjaan.
Anda mempunyai pilihan sama ada perlindungan untuk sepanjang tahun, atau perlindungan untuk satu perjalanan – bergantung kepada berapa kerap anda melancong. Ia boleh dibeli melalui syarikat penerbangan anda atau secara berasingan.
Apa saja yang anda pilih, pastikan terma, syarat dan butiran disemak dengan teliti sebelum membeli, atau hubungi ejen insurans anda untuk keterangan lanjut.
Sebelum berlepas, jangan lupa untuk membawa salinan polisi atau merekod nombor polisi kerana anda mungkin memerlukannya pada masa yang tak dijangka!