
Updated onDikemaskini pada 18, Apr 2022

Penerbangan yang tergendala memang menguji kesabaran semua…
Tapi tahukah anda, penerbangan tergendala ni ada sebab-sebabnya seperti:
-
Kesesakan di lapangan terbang tertentu
-
Operasi lapangan terbang terganggu akibat cuaca atau isu kakitangan
-
Syarat-syarat kawalan trafik udara
-
Atau isu-isu pengendalian pesawat, penjadualan anak kapal dan pengisian minyak.
Apa yang penting ialah syarikat penerbangan perlu memastikan keselamatan para penumpang, dan kadangkala ia akan mengambil sedikit masa. Biasanya dalam jangka masa 10 hingga 15 minit (tapi pesawat masih sampai tepat pada waktunya!) dan kadang-kadang mengambil masa yang sedikit panjang.
Apa yang anda perlu tahu:

Syarikat penerbangan bertanggungjawab untuk memaklumkan tentang perubahan pada status penerbangan secepat mungkin

Penerbangan tertunda selama dua jam atau lebih melayakkan anda untuk menerima hidangan makanan, khidmat panggilan telefon dan akses internet

Penerbangan tertunda selama lima jam ke atas melayakkan anda menerima hidangan makanan, khidmat panggilan telefon, akses internet, penginapan hotel (jika perlu bermalam) dan pengangkutan untuk berulang-alik ke hotel.
Dapatkan Maklumat Terkini


