Updated onDikemaskini pada 18, Jun 2021

Banyak betul perubahan dalam proses pembelian tiket! Kini, bermacam jenis pilihan yang penumpang boleh buat – nak duduk mana, makan apa, keistimewaan apa, nak bawa beg banyak mana, termasuklah perlindungan insurans mana yang paling berguna. Sesetengah laman tempahan juga menawarkan khidmat hotel dan sewa kereta untuk memenuhi keperluan anda.
Kini, kuasa membuat pilihan bagi penerbangan sememangnya di tangan para penumpang.
Tapi tunggu dulu sebelum membuat sebarang pilihan, sebab belum tentu lagi anda perlukan kesemuanya. Ingat 3 tip ini sebelum anda membeli sebarang tambahan:

Tip #1 – Pilihan di tangan ANDA
Anda tak perlu beli semua yang ditawarkan. Hanya pilih apa yang bersesuaian dengan gaya penerbangan, perbelanjaan dan penerbangan anda ketika itu. Pastikan anda sentiasa semak semula perbelanjaan tambahan anda. Kebanyakan syarikat penerbangan akan mempamerkan jumlah keseluruhan perbelanjaan, jadi baca apa yang ditambah dengan teliti dan buat keputusan dengan berhati-hati.
Tip #2 – Kalau tak pasti, beli lain kali
Jangan buat keputusan pembelian dengan terburu-buru! Apa yang ditambah tak mudah untuk ditarik balik nanti. Kebanyakan syarikat penerbangan membenarkan penumpang untuk kembali ke tempahan untuk membeli mana-mana tambahan. Jadi jika anda ragu-ragu, beli dahulu tiket anda dan kembali kemudian untuk melihat tawaran dan tambahan lain menggunakan nombor rujukan tempahan anda.

Tip #3 – Bayangkan penerbangan anda
Adakah anda betul-betul perlukan tambahan seperti keutamaan tempat duduk, bagasi tambahan dan hidangan makanan? Fikir baik-baik: Jika anda merancang percutian untuk membeli-belah, anda mungkin hanya perlu tempah bagasi tambahan untuk penerbangan pulang sahaja. Kalau penerbangan malam, anda mungkin tidak perlukan hidangan makanan untuk penerbangan tersebut. Beratur panjang di imigrasi? Mungkin boleh lupakan saja tambahan keutamaan tempat duduk sebab walaupun keluar awal dari pesawat, nanti di hadapan masih perlu beratur!
Gambarkan penerbangan anda dan hanya pilih tambahan yang betul-betul berguna sepanjang perjalanan anda. Jika ada sebarang tambahan dalam pembelian tanpa persetujuan anda, hubungi pihak penerbangan sebelum memulakan penerbangan tersebut.

Dapatkan Maklumat Terkini