Bayaran Balik Tiket Penerbangan
September 1, 2024
Kadang-kala penumpang tidak mampu menaiki penerbangan di atas sebab-sebab tertentu seperti hal-hal kesihatan, kematian atau keadaan luar jangkaan yang mengganggu rancangan penerbangan.
Dalam kes seperti ini, anda boleh memohon bayaran balik untuk tiket penerbangan anda, dengan syarat anda memahami terma dan syarat yang berkaitan dengan tiket tersebut.
Bayaran Balik Caj Mandatori
Sama ada tiket anda adalah tiket yang mempunyai nilai bayaran balik (refundable ticket) atau tiket yang tidak mempunyai nilai bayaran balik (non-refundable ticket), anda layak untuk memohon caj mandatori sekiranya anda memutuskan untuk tidak meneruskan perjalanan. Caj mandatori termasuk:
-
✓ Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC),
-
✓ Cukai, fi dan caj yang dikenakan oleh Kerajaan dan ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis,
-
✓ Surcaj bahan api, dan
-
✓ Fi dan caj lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya yang dikenakan oleh syarikat penerbangan seperti fi karbon
Proses Pembayaran Balik
Syarikat penerbangan perlu meremit pembayaran balik dalam tempoh 30 hari melalui mod bayaran asal setelah permohonan dilakukan. Sekiranya tiket dibeli melalui ejen pelancongan atau mana-mana portal ejen pelancongan, syarikat penerbangan harus meremit sebarang pembayaran balik kepada ejen pelancongan atau portal pelancongan dalam tempoh 30 hari dari tuntutan dibuat.
Fi Pentadbiran
-
✓ Untuk tiket yang tidak mempunyai nilai bayaran balik (non-refundable ticket), syarikat penerbangan boleh mengenakan fi pentadbiran sehingga 5% untuk proses pembayaran balik PSC, cukai, fi dan caj-caj.
-
✓ Untuk tiket yang mempunyai nilai bayaran balik (refundable ticket), syarikat tidak boleh mengenakan sebarang caj tambahan terhadap fi pentadbiran selain apa yang tertakluk di dalam terma dan syarat tiket penerbangan tersebut.
Nota:
-
Tiket yang mempuyai nilai bayaran balik (refundable ticket) membolehkan anda untuk mendapat bayaran balik atau menukar waku penerbangan anda, ini tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan oleh syarikat penerbangan dan selalunya lebih mahal.
-
Tiket yang tidak mempunyai nilai bayaran balik sepert tambang penerbangan yang dalam tempoh promosi, tidak membenarkan pembayaran balik tetapi anda masih mempunyai hak untuk menuntut bayaran balik terhadap caj mandatori seperti PSC, cukai dan fi.